Paham tak komik ni

Found this comic online. I can’t understand it, if you do, please explain it to me in the comments section. Thanks.

18 Responses to Paham tak komik ni

  1. hawa says:

    Rasanya, yang merah tu mewakili syaitan. Cerita pertama tu, orang-orang yang dia tolak tu semua memang nak bunuh diri.

    Cerita kedua, tak tau macam mana nak explain. Bapak dia perangai macam ajar anak buat tak baik.
    Tapi kalau dari sudut Islam, syaitan makan sama ngan kita kalau kita tak baca bismillah. hehe.

  2. hafiz says:

    kat korea byk kes bunuh diri. bunuh diri = merosakkan diri.mule2 setan tu goda dulu dgn berada disekeliling org nak bunuh diri. pastu bile org tu buat keputusan nk bunuh diri then setan pon tolak la org tu jatuh.

    mule2 setan goda bapak budak tu beli game boy. bile bapak dah beli game boy bagi kt budak tu baru la setan take action ke atas budak tu. sbb game boy = merosakkan diri..

    so moral of d story,

    bunuh diri = merosakkan diri = kerja setan…

    main game boy = merosakkan diri = kerje setan..

    heheehe….

  3. suhaimiramly says:

    ada interpretasi lain yang lebih simple?

    • aiai la says:

      rasanya kena dudok Korea atau pernah dudok Korea lah baru boleh paham komik nih.. nak kata komik jepun ada brand Hyundai + cara depa makan tuh lain benor…

  4. chort says:

    cerita atas ngan bawah mesti link bro.. kan ?
    tp binatang merah tu menda ar? serius konfius
    kena jadik org korea kot baru paham…

  5. Rizal says:

    Agreed with Hawa that the red thing is satan, though i would say that the two stories are related with each other. Someone happiness is other misery, you see when the mother commit the suicide she’s probably couldn’t afford to provide meal for her family, while happy family can provide entertainment for their children.. its really sad when the same community do not care for what happen to their neighbour and of course the satan happy about it…just speculating.

  6. aiza says:

    ni komik korea kan…

    merah tu watak dlm game je. So benda merah tolak org bunuh diri tu mainan dalam gameboy budak tu je.. cerita meatball tu flashback mcm mana bapak dia boleh belikan game tu… jd budak ni main game bunuh2.. tolak org jatuh dr bangunan.. ok, aku merepek kot.. rasa nak demam mmg boleh affect pikiran skali rupanya..

  7. Naa says:

    Kak Naa setuju watak warna merah tu adalah setan. Yang menghasut. Bila stress atau sedih, dia menghasut dan orang yang dihasut tu lemah dan ikut hasutan tu. Yang last tu rasanya, menunjukkan setan tu sentiasa ada di sekeliling. Tak kira masa susah, senang, gembira atau sedih. So yang last tu kiranya, setan tu tunggu je. Time diaorang happy, dia tak pergi tapi hanya tunggu masa je.

  8. suhaimiramly says:

    korang pikir dalam sangat la. ni komik biase jer, takde isu tersirat pon…hehehe…think simple

    so far aku nampak either 2 maksud:

    1. budak tu gembira sampai nak jatuh ke belakang, pecahkan tingkap, dan jatuh ke bawah

    atau

    2. bapak budak tu nak commit suicide tak lama lagi…so dia cakap nak beli gameboy tu tipu je…family dia actually miskin sampai kena pau meatball

  9. red says:

    red creature = the girl’s desire(greed?)
    pompuan tu nak buang family dia + identiti dia pastu join family lain yg lebih happy sampai kalo meatball kena pau pon bleh dapat gameboy

  10. Joe says:

    budak tu bunuh diri, frust kena tipu ngan bapak dia…

  11. Affuan says:

    pendapat aku, ia menerangkan sikap dan fitrah semulajadi manusia yang dibelenggu nafsu. nafsu tu yang kaler merah tu la. hehe.

  12. suhaimiramly says:

    hehehe…so far takde lagi interpretasi yang convincing…

    cuba lagi

  13. harizchacho says:

    binatang merah tue setan kot. dia tengah tunggu nak tolak budak tue jugak. budak tu frust nak bunuh diri sebab bapak dia tipu kata nak beli gameboy last² tak beli pun. saje je nak sedapkan hati budak tue. mungkin yang bunuh diri awal² tue pun frust jugak sebab tak dapat nak beli gameboy. hah! ok yang ini abaikan.

    pengajaran:
    -jangan janji bukan² dengan anak² kalu tahu tak mampu nak tunaikan.

  14. helmi says:

    Pendapat aku lak:
    Lembaga merah tu adalah emosi jenis kecewa, tak puas hati, marah.
    Kalau remaja & dewasa korea ada emosi jenis ni dan selalunya ianya terpendam, maka bunuh diri menjadi cara meluahkan emosi di korea.
    tapi kalau kanak-kanak, mereka mampu lepaskan emosi jenis ni dengan ikhlas tanpa perlu terpendam, malah akan dapat reward atas luahan emosi tu. maka emosi yang mampu diluahkan akan jadi ahli keluarga yang bahagia. (untuk kanak-kanak je lah, untuk dewasa buruk bebenor kalu tak pandai urus emosi)

  15. afiq says:

    Benda merah tu adalah ‘simbolik’ bagi suicide. Orang-orang yang terdahulu tu akhirnya ‘ditolak’ oleh benda merah tu, menunjukkan bahawa semua orang tu bunuh diri dengan terjun bangunan. Panel terakhir tu menunjukkan benda merah tu merenung budak itu, foreshadowing bahawa budak tu akan bunuh diri juga, mungkin sebab dikecewakan bapak dia?
    🙂

  16. zi says:

    Semua orang bunuh diri sebab frust dengan janji palsu manusia. Benda merah tu tgh tunggu pulak budak kecik tu nak frust dgn janji ayah dia. Maybe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: