Menggunakan Internet untuk perkara berfaedah

Kebanyakan kita membuang masa menghadap internet, dengan email, Facebook, Youtube, online game dan sebagainya. Untuk menyedapkan hati, kita membuat pelbagai alasan:

“eh, aku guna Faccebook ni untuk keep in touch dengan kawan, bukankah mengeratkan silaturrahim itu dituntut oleh Islam?”;

“aku tengok video Justin Bibber ni bukan semata-mata hiburan beb, tapi aku nak merehatkan minda supaya aku menjadi lebih produktif”;

“main online game / MMORPG ni dapat meningkatkan analytical skill dan motorskill kita untuk menjadikan kita orang yang lebih all-rounder”.

Keh keh keh…sukati korang lah. Samalah kategori dengan orang yang beli majalah playboy kononnya untuk baca artikel dalam majalah playboy.

Jika anda jujur, anda akan mengaku lebih 75% masa anda di depan internet adalah untuk membuat perkara sia-sia.

Bagaimana menggunakan masa di depan Internet dengan cara yang berfaedah?

Ada beberapa cara yang ingin saya kongsikan di sini.

1. Mendengar lecture atau menonton dokumentari.

Bukan dokumentari The Arrivals yer, itu untuk mat konspirasi sahaja. Anda boleh mendengar audio dan video kuliah-kuliah dalam pelbagai bidang ilmu, termasuklah kuliah universiti dan public lecture oleh tokoh-tokoh berwibawa (TED contohnya, cuma tak perlu lah anda menonton video TEDxKL yang ntah hape2 lecturenya, buat rosak jenama TED sahaja).

Mungkin ada yang beri alasan: “bal, aku ni tak boleh dengar talk dalam internet lama-lama, nanti aku mengantuk. Aku ni cepat bosan.” Jika ini lah alasan anda, pi dengar Justin Bieber.

2. Mendownload buku2 dan membacanya

Ada banyak buku-buku yang bagus, klasik, dan mengandungi pelbagai jenis ilmu yang boleh di muat turun secara legal (umpamanya, karya-karya klasik yang sudah tamat tempoh copyright). Mungkin ada yang beralasan susah nak baca karya-karya tebal 200 mukasurat di skrin komputer. Ini adalah alasan orang malas. Pi tengok Justin Biber lagi bagus.

Tips ini hanya terpakai untuk buku-buku PDF yang bermanfaat sahaja, bukan e-book2 sampah seperti e-book tips membesarkan kote dan e-book cara menjadi jutawan segera.

3. Membaca blog-blog yang bermanfaat

Blog yang bermanfaat adalah blog yang memberi anda ilmu yang baru atau perspektif yang baru dalam sesuatu isu.

Blog politik adalah 50-50: ada blog politik yang menghujahkan isu secara detail dan bernas, ada blog politik yang penuh dengan fitnah, cerita panas, taksub, mencarut, dan isi-isi yang membodohkan minda.

Contoh blog yang bagus diikuti ialah blog-blog yang ditulis oleh tokoh2 ternama dalam bidang politik, ekonomi, agama, dan pendidikan.

Soalan: Blog suhaimiramly camana pula? Jawapan: buang masa juga, tapi setakat 3-5 minit baca one new entry per day, takpe kut.

4. Membaca research article

Banyak research paper boleh dibaca di laman2 seperti Google Scholar, arxiv dan pelbagai lagi. Untuk anda yang ingin menguasai sesuatu cabang ilmu anda wajib membaca makalah penyelidikan oleh sarjana-sarjana bidang itu, bukan setakat membaca forum dan blog dan laman web dan menonton Youtube kemudian mengaku sudah jadi pakar.

Dr Ismail thamby menjadi pakar sakit tuan dengan mengaji bidang itu bertahun-tahun dan membaca banyak artikel perubatan, bukannya dengan menonton gay porn.

5. Mempelajari skill atau ilmu baru

Anda boleh menggunakan pelbagai sumber internet (video, buku, laman web) untuk mempelajari apa jua skill atau ilmu baru.

Contoh nya jika anda ingin belajar memasak makanan Itali, ada beratus sumber yang boleh dijumpai daripada video masakan, manual masakan, tips masakan, ebook masakan dan laman web masakan. Laman web memasak lebih bermanfaat daripada justin bieber kerana sekurang-kurangnya orang yang mengikuti tips2 yang diberikan boleh memasak dengan lebih enak.

6. Menulis dan mengedit artikel Wikipedia

Saya pernah mengedit lebih kurang 70 artikel wikipedia English, daripada kesilapan fakta sehinggalah ke membetulkan grammar dan syntax. Wikipedia bahasa Melayu memerlukan lebih banyak volunteer jadi jika anda ada masa lapang, tolonglah edit page wikipedia BM.

7. Menjawab soalan-soalan di forum

Saya pernah aktif dalam forum mathlinks untuk menjawab soalan-soalan matematik yang ditanya oleh pelajar. Jika anda pakar dalam sesuatu bidang anda pasti boleh mencari forum yang berkaitan dan anda boleh menjadi pakar rujuk di forum tersebut.

8. Menulis artikel, makalah, buku, esei atau apa jua karya yang bermanfaat

Anda boleh menulis karya tersebut dan menghantarkannya untuk diterbitkan di suratkhabar, newsletter, forum, laman web, online editorial dan sebagainya. Beza antara menulis semasa surf internet dan tanpa surf internet ialah dengan surf internet anda boleh membuat cross-reference untuk fakta-fakta di dalam artikel anda.

__________________

Itu sahaja yang saya terfikir setakat ini. Sila kurangkan masa anda membuat benda-benda tak berfaedah di internet. Dan jangan pepandai nak bagi alasan. Terimalah hakikat bahawa internet ini, walaupun banyak manfaatnya, tetapi ianya merupakan productivity blackhole terutama bagi orang di pejabat kerajaan (dah lebih 10 kali saya tengok kerani kerajaan main facebook dan chatting semasa waktu pejabat, patutlah lembab). Nasib baik belum lagi jumpa yang tengok video justin bieber ketika bekerja.

Comments below:

13 Responses to Menggunakan Internet untuk perkara berfaedah

  1. Jasmine says:

    Salam Bal,

    I emailed you for an advice.. (gmail).. hope you can give your opinion..

    Thanks

  2. greenchips says:

    layan RSA animated lagi besh dari TED talk..

  3. Alif says:

    Dulu aku selalu terdengar satu lagu yang sering diputarkan almost everywhere. Sekali tu kat ofis pun staff kita gi pasang lagu tu perlahan-lahan…aku terus tanya… “Itu lagu Lady Gaga kan?”

    Staff kita jawab, “Tak lah. Tu JUSTIN BIBER”.

    Aku pun terkebil-kebil. Terasa macam bodoh pulak tak menggunakan internet utk mengenali siapakah JUSTIN BIBIR itu.

    HAHAHAHAHAHAHA…😀

  4. dian says:

    “.. bagi orang di pejabat kerajaan (dah lebih 10 kali saya tengok kerani kerajaan main facebook dan chatting semasa waktu pejabat, patutlah lembab)”

    Kerajaan tak adil. Apesal kat hosp kerajaan takleh access facebook?? Double standard!! Hehehhe

  5. ahmad fares says:

    1. mendapatkan info bersifat ilmiah – agama, akademik, skil ICT dll
    2. mendapatkan info berita terkini
    3. menjalankan perniagaan online halal dgn jujur
    4. berkongsi info bersifat ilmiah, dakwah, pandangan & pengalaman
    5. mendapatkan kenalan baru dgn tujuan yg baik

  6. nur says:

    Thanks En Bal sebab beri idea untuk sunting wikipedia bahasa Melayu.memang perlu banyak suntingan pun.sejak saya deactivated facebook dan web2 lain yang sia2,saya slowly buat benda2 yang berfaedah sikit kat internet ni.

  7. Soyamilktea says:

    Bagus laa idea niey.. Tak terfikir pon.. Sekurang2nye dapat tambah ilmu pengetahuan.. Islam pun ade suruh umatnye belajar ke akhir hayat.. InsyaAllah..
    Alhamdulillah..
    Terime kasih atas maklumat niey..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: