Meningkatkan tahap employability

Artikel ini adalah nasihat saya kepada adik-adik yang baru graduate dan ingin memohon kerja. Ini adalah luahan ikhlas hati saya yang banyak berurusan dengan anak-anak muda yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun belajar di kolej dan universiti dan telah menghabiskan beribu-ribu ringgit (milik ibubapa atau kerajaan) tetapi masih belum sedia melangkah ke alam pekerjaan. Kekadang saya rasa kesian kepada mereka yang naive dan tidak berkemampuan bersaing dengan graduan-graduan lain yang jauh lebih employable.

Saya mempunyai pendapat yang saya rasa adil iaitu bukan semua local graduate sebegini. Ada juga graduate oversea yang cakap homputeh pon gagap dan langsung tak employable. Entah apa mereka buat selama 4 tahun di luar negara (main video game dalam bilik agaknya). Juga, ada local graduate yang bermutu tinggi. Sebagai contoh, ketika saya undergrad di MIT dulu, banyak pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian PhD di sana adalah graduate dari universiti tempatan (UM, UPM, dsb.) jadi kualiti universiti tempatan masih tinggi walaupun tidak segah zaman dahulu. Tak adil kalau kita buat ayat umum seperti “pelajar universiti sekarang tak employable”. Anyway ini semua tak ada kaitan dengan topik saya iaitu bagaimana menjadi graduan yang employable.

Employable ialah perkataan bahasa england yang bermaksud “boleh harap untuk buat kerja”. Orang yang tak employable ialah orang yang tak boleh diharap untuk membuat kerja. Orang yang tidak employable, tidak akan diambil bekerja, walaupun bergaji rendah.

Ini adalah beberapa tips untuk menjadikan anda lebih employable:

1. Pastikan anda mempunyai skill2 asas dalam kehidupan. Contohnya, saya pernah berjumpa seorang pelajar yang berkelulusan Masters tapi tak tahu cara untuk menunaikan cek. Saya membayar upah si graduan ini dengan cek dan dia ternganga tak tahu apa nak dibuat. Susahlah dik kalau benda ni pun nak kena ajar.

2. Pastikan anda menulis dengan baik. Menulis dengan baik bukan bermaksud menggunakan bahasa berbunga yang panjang dan perkataan yang bombastic. Menulis dengan baik ialah boleh berkomunikasi dengan baik dengan email, SMS, surat, memo mahupun secara lisan. Pastikan percakapan dan penulisan anda jelas, lengkap, dan teliti. Jangan risau dengan sedikit kesilapan grammar bahasa inggeris (normal lah tu), tapi mesti pandai menulis dengan baik. Saya kekadang risau dengan masa depan mereka bila saya tengok cover letter dan resume mereka dalam bahasa inggeris. Macam ni nak apply kerja kat company?

Pastikan dalam semua bentuk komunikasi anda bersikap professional, jangan guna short form dan SMS-speak (vowelless words) dalam email, bahkan dalam SMS sekalipun. Panggil semua orang di pejabat dengan gelaran professional: Encik, Puan, Cikpuan, Tuan Haji, dan bukannya abang, kakak, adik, pakcik, makcik. Mereka bukan keluarga anda.

3. Pastikan anda mempunyai basic skills dalam penggunaan komputer. Skil minima yang anda perlu ialah: menggunakan email, search engine, dan Words. PowerPoint dan Excel adalah optional. Jangan ketawa, ada graduan yang masih tak tahu menggunakan google untuk research.

4. Bersikap professional sepanjang masa. Jangan langsung kaitkan kehidupan peribadi dengan kerja anda. Sebagai seorang junior employee, hakikatnya anda adalah “seen but not heard”. Jangan banyak cakap mengenai keluarga dalam interview. Tak perlu tulis latar belakang keluarga dalam resume.

5. Mempunyai wardrobe yang sesuai. Untuk lelaki, anda mesti memakai shirt, pants, belt, tie. Pastikan tie anda nampak professional dan matching dengan shirt anda, bukannya tie Winnie the Pooh. Kasut mesti kilatkan. untuk perempuan, paham2 lah…aku pun tak reti sangat hehehe

6. Jangan bersikap kebudak-budakan. Kami majikan bukannya lecturer atau guru yang kamu boleh bermanja-manja atau bergurau senda atau ber huha huha. Kadangkala kami berjenaka supaya suasana tidak tense dan skema sepanjang masa. Tapi anda sebagai junior employee mesti menghormati majikan anda, dan jangan terlalu familiar dengan mereka. Kalau tidak majikan akan berasa tidak selesa dengan anda.

7. Benda yang majikan paling suka dengar ialah “saya sanggup buat apa jua kerja, kalau saya tak tahu buat, saya sedia belajar daripada encik / puan”. Anda mesti lah menunjukkan kesediaan untuk membuat apa jua bentuk kerja yang disuruh (ini adalah sebahagian training anda, walaupun tiada dalam job description).

8. Anda mesti mempunyai inisiatif. Jangan cakap ini tak tahu, itu tak tahu, sedangkan anda boleh cari jawapan nya sendiri. Jangan sentiasa mengharapkan boss sahaja, mereka ada kerja lain yang lebih penting. Kalau betul2 tak tahu, usahakan sampai tahu. Kalau tak tahu juga selepas berusaha, baru rujuk kepada boss. Jangan benda simple pun boss kena ajar.

9. Jadi lebih bertanggungjawab. Jika anda anak sulung atau sudah biasa menjadi ketua pelajar, mungkin anda biasa dengan tanggungjawab. Untuk yang lain2, mungkin tanggungjawab ini suatu yang asing. Dalam apa jua kerja, dalam apa jua jawatan, anda mempunyai tanggungjawab. Kalau anda gagal dalam tanggungjawab itu, anda akan dimarah, kadangkala dengan begitu dahsyat sekali. Ini kerana kegagalan menjalankan tanggungjawab akan menyusahkan atau merugikan majikan anda, dan mungkin mengakibatkan masalah kepada orang lain. Anda mesti bersedia menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kalau tidak, baik toksah kerja — kawin lagi bagus (acah je, kawin lagi banyak tanggungjawab).

10. Tukar mindset anda. Anda bukan lagi pelajar kolej yang kerjanya memakan suapan pensyarah saban hari, mengambil exam bila akhir semester, dipuji bila markah exam anda tinggi, dan boleh bodek2 pensyarah kalau nak hantar paper lambat. Di tempat kerja, kau hantar kerja lambat, siaplah kena bambu sampai ko menangis. Kalau hantar kerja on time, bagus, perfect sekali pun, jangan la harap nak kena puji melambung macam kena puji dengan lecturer. Kena hangguk pun tidak. Untuk survive dalam dunia dewasa anda mesti mempunyai thick skin dan ketahanan mental yang tinggi.

Semoga adik-adik di luar sana mengikuti nasihat saya ini demi meningkatkan employability di pasaran kerja. Mungkin ada nasihat yang nampak keras tapi percayalah saya tulis ini dengan penuh ikhlas. Saya tak suka berlapik-lapik bila membincangkan isu serius seperti ini.

Selamat berjaya!

2 Responses to Meningkatkan tahap employability

  1. Azhar says:

    Assalamualaikum,

    Nasihat yang sangat baik dan berguna. mengingatkan saya kpd zaman baru graduate dulu..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: