Bahasa

Saya adalah seorang yang malas belajar bahasa asing. Ramai orang yang pernah menyuruh saya belajar bahasa asing:

“Bal, belajar lah bahasa Mandarin, china kan bakal menjadi kuasa besar dunia”

“Ana syurkan anta belajar bahasa Arab, nanti mudah nak kaji Al-quran dan kitab-kitab agama”

“belajar lah bahasa Urdu nanti mudah nak baca kitab2 karangan ulamak India” (aik?? ini pun ada ka? hihihi)

“Bal, elok jugak kalau ko belajar third language macam Spanish ke, France ke, Dutch ke, nanti nak travel kan senang?”

Semua alasan tersebut mungkin betul atau mungkin tak betul tapi saya tak nampak langsung keperluan belajar bahasa asing ni. Tujuan utama belajar bahasa yang saya nampak ialah untuk eksyen saja. Contohnya di syarikat yang pernah saya kerja dulu, ada minah ni selalu duk eksyen dia pernah belajar cakap French (mungkin pernah membeli buku French for Dummies atau mungkin dia pernah beli CD belajar French). Walau pun saya tak tau cakap French, saya boleh tahu lah minah ni cakap French mcm slang celup belacan. Lain bebenor bunyinya daripada bunyi french dalam filem2 Alain Delon.

Satu hari, ada guest dari Africa datang ke ofis kami, dan minah tu ditugaskan untuk layan tetamu ini (kononnya sebab dia pandai cakap French). Sekali, bila nak cakap French dengan mat afrika ni, minah ni punya la gugup sampai awang2 ni tak paham pun minah ni punya “french” celup belacan. Last2 cakap english jugak. Kekekekee…nak french konon, cakap dengan nigro pon tak lepas, tu belum lagi cakap dengan Frenchman betul. Kui3…baik pi balik kampung makan betik cicah belacan

Saya faham lah akan keperluan manusia untuk dipandang dengan hormat oleh orang lain, jadi ramai yang belajar bahasa asing atas tujuan ini. Alasan yang diberikan adalah semata-mata alasan sahaja: saya belajar bahasa XXX supaya nanti kalau pergi negara diorang senang, atau saya belajar bahasa XXX supaya dapat meningkat kan kemahiran saya dalam mengharungi gelombang globalisasi pada abad ke 21. Kekeke…apa lah salahnya cakap je, saya belajar bahasa XXX supaya orang kagum dengan saya dan orang akan puji saya.

Kalau betul2 nak guna untuk communication, English sudah cukup di seluruh dunia.

Kenapa saya malas belajar bahasa? Saya rasa belajar bahasa asing ni membuang masa saya sahaja. Lebih baik saya gunakan masa lapang untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa yang saya mahir iaitu BM dan English. Lebih baik saya menghabiskan masa berjam-jam membaca literature English, membaca bahan bacaan ilmiah English, mendengar lecture2 English, mengkaji rhetoric dan lenggok bahasa dalam English, dan mempelajari teknik menulis dalam English daripada saya membuang masa berjam-jam mempelajari istilah “kucing” dan “arnab” dan “boleh saya tau di mana jamban?” dalam bahasa Perancis.

Kalau alasan untuk mudahkan pembacaan, Google Translate kan ada. Walaupun tak precise, tapi GT adalah sangat-sangat berguna, jika anda ingin membaca bahan bacaan seperti suratkhabar, website, technical papers dan academic journal (yang tak boleh ialah fiksyen, yang menggunakan lenggok bahasa yang berat dengan idioms dan susah untuk diterjemahkan ke bahasa lain. Jadi kalau nak baca fiksyen, kena tunggu keluar translation ke English). Kalau tak percaya, cuba pegi website suratkhabar bahasa asing, Le Monde ke, Pravda ke, El Pais ke, dan gunakan Google Translate untuk membaca news2 mereka. Sure boleh paham.

Belajar bahasa asing hanya berguna jika anda mempunyai tujuan dan objektif yang jelas. Contohnya, jika anda ingin menjadi sarjana sejarah Perancis atau sejarah China, anda mestilah tahu bahasa tersebut. Atau pun jika anda bakal bertugas sebagai pegawai diplomatik di sesuatu negara asing, elok jika tahu bahasa negara tersebut, supaya boleh melaporkan isu2 semasa di negara tersebut kepada Wisma Putra kelak (tetapi ini juga tidak wajib. Ingat ambassador2 kat KL ni semua tau cakap BM ke?). Ataupun, jika anda ingin menetap atau membuka perniagaan di sesuatu negara asing, mudah hidup anda jika anda tahu bahasa tempatan. Walau bagaimanapun, ini juga tidak wajib. British berjaya menjadi penjajah India dan Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya, walaupun colonial officers mereka tak pandai berbahasa tempatan. Saya baru baca di satu majalah baru-baru ini, ada segolongan penduduk di India yang merupakan keturunan bekas pegawai2 koloni British (mereka ini berbangsa British tetapi menjadi warganegara India). Mereka ini langsung tak tahu berbahasa Hindi walaupun dah tinggal di sana seumur hidup mereka, iaitu hampir 80 tahun. Alasannya, mereka rasa bangga dengan latarbelakang British mereka sehingga merasakan tak perlu “merendahkan” diri mereka dengan menggunakan bahasa kaum yang mereka jajah.

Lagi satu keadaan yang perlu belajar bahasa asing ialah kalau spouse anda dari bangsa asing. Itu pun ramai jer pompuan Malaysia yang kawin dengan laki omputeh, dan laki mereka haram sepatah tak tau cakap melayu. Bahagia je hidup.

Kesimpulannya, bak kata Hishamuddin Rais, bahasa ini hanyalah bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh kotak suara kita. Tak perlu lah kita belajar banyak banyak bunyi. Satu atau dua sudah cukup. Tapi belajar sampai terer.

3 Responses to Bahasa

  1. aiai la says:

    betulla.. alain delon handbag= alain delon pelakon tuh…

    dah check di Google..

    • suhaimiramly says:

      Wikipedia:

      Alain Fabien Maurice Marcel Delon (born 8 November 1935) is a César Award-winning French actor. He rose quickly to stardom, and by the age of 23 he was being compared to French actors such as Gérard Philipe and Jean Marais, as well as American actor James Dean. He was even called the male Brigitte Bardot. Over the course of his career, Delon has worked with many well-known directors, including Luchino Visconti, Jean-Luc Godard, Jean-Pierre Melville, Michelangelo Antonioni and Louis Malle.
      Delon acquired Swiss citizenship in 1999 and the company managing products sold under his name is based in Geneva.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: