Hari yang mempatriotikkan

28 February 2011

Pagi ini, setelah saya bangun, sembahyang subuh dan bersarapan seperti biasa, saya pun membuka akhbar untuk membaca berita-berita mutakhir. Tatkala membelek akhbar, tiba-tiba saya rasa dikejutkan apa bila membaca satu tajuk berita di muka hadapan yang amat membanggakan saya selaku rakyat Malaysia.

Hampir ingin menitis air mata saya melihat kejayaan anak-anak Malaysia tak kira tua atau muda, sama-sama berganding bahu melakar kejayaan unik untuk negara Malaysia. Kejayaan yang terpahat ini tak akan dapat dikalahkan walaupun oleh negara yang digelar “negara maju”.

Aku amat berbangga dan bersifat patriotik yang amat pada hari ini. Bangga aku menjadi rakyat Malaysia apa bila melihat anak bangsa ku mencapai kejayaan yang ulung. Bukan calang-calang kejayaan yang diukir oleh mereka, sehingga kalbu ku turut sebak terharu mengenangkan peri hebatnya kejayaan anak bangsaku ini. Biarlah apa orang lain katakan, aku bangga menjadi anak Malaysia. Aku bangga anak bangsa Malaysia ku mencapai kejayaan yang hebat dan mempatriotikkan.

Berita tersebut:

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Nostalgia

26 February 2011

Zaxxon is a computer game released by Sega in 1982. I was born in the same year. Zaxxon is one of the first computer games I’ve ever played.

When I first discovered Zaxxon, I was like “whoa, is this for real?”. Zaxxon felt like the ultimate computer game, the finest ever created on the planet and that all the other games should bow to Zaxxon in awe of its awesomeness. You know the feeling when you feel like the future is dawning upon us? Zaxxon gave me that feeling when I was a little kid.

I know most of you wonder what’s the big deal about Zaxxon. When you look at the video above, it looks like some cheap Taiwan bootleg arcade game, right?

Wrong. And let me give you a short lesson on what “computers” were at that time so you can appreciate how great a game Zaxxon was. Youngsters take note.

Computers at the time have very limited internal disk space. Imagine, a regular desktop computer costing at least RM 5000 measures its hard drive in MB, not GB. Nowadays, I know people with 10GB porn folders. Back then, if you want to run a program or play a game, you have to insert a floppy disk @ diskette into a slot. This means that you cannot multitask on your computer. You can only do one activity at a time, whether word processing on Wordstar, programming in GW-Basic or playing Frogger. (Internet? What is that? A sci-fi novel?)

To use the stone age computer, first you have to “boot” or start the machine. It normally takes more than a minute to get the computer running. The long booting time is when the computer loads the operating system, called MS-DOS. Imagine Windows, without the windows, only a command prompt. That is MS-DOS.

In many machines, including mine, MS-DOS was not stored in the computer. You have to insert the MS-DOS diskette on the main slot (usually called the A: drive) before you boot the machine. Otherwise, MS-DOS won’t start and you cannot do anything useful with the computer. Then, you insert the diskette for whatever it is you want to do into another slot (called the B: drive).

Most games are self-contained in a diskette, meaning that you cannot run any other game or any other program while playing it. The game itself will use up all the processing power of the machine. I’d like to think that my cellphone have more computing power and memory space that the most expensive desktop computer available in the 80s.

Sometimes, games did not come in a diskette. Some of the smaller games were stored in the computer, usually in drive C:. I remember that our C: drive contained PacMan, Digger, Frogger, Exterminator, Space Invaders, Pong and some other Cro-Magnon era games.

To play these games, first you type some command to move from drive A: (the default MS-DOS drive) to drive C: (the internal disk drive). Then you write the command “C:/>dir” to list down all the files in that drive. The games and other executable files are listed with extension EXE.

Coming back to Zaxxon: It was purely accidental that I found this game in some floppy disks my father bought. At the time, a floppy disk could cost more than RM 200, so many games were bundled with program diskettes (most of the programs were pirated anyway).

Although more than 20 years ago, I remember the day clearly. I was bored playing Pacman and Digger, and decided to try on all the diskettes we had in the house and run all the EXE files. Most of the EXE files were some fancy computer applications which I had no idea what they were.

Until I found ZAXXON.EXE. I was jubilant when I found out it was actually a game, and I literally jumped with joy when I discovered what was probably the best computer game of the era (this was back in the 1980s okay). It felt like hitting a goldmine.

In terms of graphics, Zaxxon was way ahead of the other games from that era. The game was very difficult, especially for a butter-fingered boy like me. Look at the video above: when you reach the space level, there’s no way to gauge the height of the other fighter planes except by size. I didn’t go very far in the game — I always got hit during the space battle. That did not stop me from playing Zaxxon day and night.

When I played Zaxxon as a kid, it felt like I was being transported into the future and I was playing a game on a more advanced machine, not on my primitive computer that can only load baby games like Pacman and Digger.

It felt like the future, indeed, had finally arrived.

* End nostalgia and back to my cheap laptop and fast internet connection. Kids these days, lucky them. *

Trivia: According to wikipedia, Zaxxon is the first game ever to display shadows. Shadows!


Bincangkan

25 February 2011

Berikut merupakan satu komen yang diberikan oleh seorang commenter pada suatu entry saya yang lalu berkenaan “pembedahan ghaib”:

Saya pelik anda semua mengaku muslim tetapi mengingkari dan menidakkan kaedah perubatan Islam yg syumul. Kita dikerumuni oleh ulama suk sepertimana hadis akhir zaman dan mereka tidak berupaya menzahirkan kemukjizatan al quran sepertimana ulama pewaris nabi.

Adakah ulama yg dilahirkan di Universiti lebih pandai dari segi ilmu berbanding Imam Mazhab, kalau begitu lahirkan satu mazhab baru agar fatwa anda dpt diterimapakai.Imam Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengharamkan sebarang pembedahan. Ulama Suk ini yang menjadikan umat akhir zaman seperti buih dilaut , boleh berbangga dari segi kuantiti tapi kualiti habuk.

Anda baca dan teliti laman web Yayasan Nur Syifa di Jakarta dan Perubatan Islam Nur Syifa di malaysia, kemampuan mereka merawati setiap jenis penyakit kronik tanpa perlukan sebarang pembedahan dan tidak menggunakan ubatan dadah yg hanya menahan sakit. Setiap penyakit ada ubatnya dan bukan makan ubat sepanjang hayat. Kandungan ubatan kimia mengandungi unsur babi dan dadah ini ternyata haram hukumnya.

Sifat keakuan para doktor adalah satu kejahatan yg besar terhadap Tuhan. Anda syirik yg boleh membawa kepada kekuuran. Belajar lah usuluddin secara mendalam agar anda faham makna syirik.

Orang yang komen ini bekerja di sebuah akhbar harian Bahasa Melayu yang terbesar di Malaysia (saya tahu melalui emailnya).

Tugasan anda — pembaca sekalian — ialah untuk membincangkan komen tersebut.

Antara yang boleh diperbincangkan ialah tuduhan beliau mengenai:

– tak percaya pembedahan ghaib = tak percaya kepada kesyumulan Islam

– doktor syirik kerana mempercayai ubat moden

– ubat moden mempunyai dadah dan babi

– empat mazhab mengharamkan pembedahan

– kita kena kembali kepada teknik perubatan ala Nur Syifa dan meninggalkan dadah dan pembedahan.

Sila komen di bawah. Jika ada doktor yang bagi komen lagi bagus. Kasi panas sket hehehe…


Keretamayat: Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

24 February 2011

Entry ditulis oleh Saudara Hamka @ Keretamayat:

http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

____________________

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)

Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan ‘akum’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’, aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.” Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.” Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening…

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Ps: err, ada tak awek peminat blog keretamayat di Christchurch New Zealand yang di landa gempa bumi,? Harap korang pun selamat, amin…


Tisu Sponge

23 February 2011

Saya ternampak iklan ini di Ground Floor, ibu pejabat MARA.

(Photo taken by photographer Mr. A)


Major

23 February 2011

lol


KAIST — Full Scholarship for International Students

21 February 2011

I received this email announcement from KAIST earlier today. KAIST is a top university in Korea which is regularly ranked top 10 in Asia.

More about KAIST: http://en.wikipedia.org/wiki/KAIST

I visited KAIST (Taejon campus) for two weeks when they hosted the 2000 IMO.

KAIST is offering full scholarship for international students. Please give this to those kids who might be interested!

___________________________

February 21, 2011

 

KAIST International Student Admissions for Fall 2011

 

Dear Mr./Ms. M. Suhaimi Ramly,

 

We are excited to inform you that KAIST International Student Admissions for Fall 2011 will start very soon! This year, the application submission period will be from March 2 to April 15 of 2011.

 

KAIST is a government-established university and is ranked #1 in Korea (Chosun & Joongang Newspaper). KAIST was placed 21st in Engineering & IT (Technology) according to 2009 World University Rankings by The Times-QS. As 70~80% of our undergraduate degree holders continue to pursue a higher degree in science and engineering so that they become experts in cutting-edge research and innovation, we are searching for young students who have demonstrated genuine passion and talent in learning math and science.

 

KAIST lectures are given in English and we provide full scholarship (tuition and monthly allowance) for all students throughout their enrollment at KAIST: starting from the third year of enrollment, students whose GPA is lower than 3.0 will have to pay different amount of tuition according to their GPA.

 

More information on KAIST and its admissions procedure can be found at www.kaist.edu. Please do not hesitate to contact us if you have any questions.

 

Sincerely,

 

Hoi-Jui, Yoo

Dean, Office of Admissions/ Professor, Department of Electrical Engineering

KAIST (Korea Advanced Institute of Science and Technology)

E-mail: kaistintl@kaist.ac.kr, Phone: (+82-42-350-2354)

Website: www.kaist.eduhttp://admission.kaist.ac.kr

 


%d bloggers like this: