Perasaan Bengang

Apa itu bengang? Bengang ialah satu perasaan yang merangkumi marah, geram, benci, panas, sedih, dan kecenderungan untuk menyakiti seseorang.

Perasaan bengang ini tiba apabila kita melalui masalah atau konflik yang membabitkan orang lain. Selalunya ia berlaku akibat pertelingkahan mengenai perkara-perkara yang berharga, seperti harta, wang, atau cinta.

Saya ingin menulis mengenai perangai bengang yang dialami dalam perniagaan. Ini kerana beberapa hari yang lalu, seorang rakan saya telah mengadu kepada saya bahawa dia telah ditipu oleh seorang rakan niaganya yang telah mengambil stok berharga puluhan ribu RM dan tidak mahu memulangkannya semula. Ini adalah salah satu contoh punca perasaan bengang — apabila ditipu dan diambil harta/wang seseorang tanpa kebenaran.

Rakan saya itu bertanya apa langkah2 yang boleh diambil. Saya memberi nasihat yang “business-like”: satu-satunya cara yang boleh dibuat ialah dengan cara negotiation dan memohon dengan baik tetapi tegas. Jika tidak berjaya, barulah ugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Itu pun tindakan undang-undang mengambil masa yang lama dan kos yang banyak, sehinggakan ia mengjadi tak berbaloi langsung (mungkin 90% duit itu akan habis digunakan untuk kos guaman semata-mata). Dan ambil tindakan undang-undang ini pun susah juga, jika tak ada black and white dan perjanjian bertandatangan yang sah. Mungkin orang itu boleh buat satu perjanjian palsu dengan tandatangan anda. Itu belum lagi masuk cerita cabut lari tengah malam, menyorok di kampung dan sebagainya.

Pendek kata, dalam bisnes ni, kebanyakan konflik akan berakhir dengan kerugian. Amat jarang berlaku “win-win” situation. Apa yang selalu terjadi ialah keadaan yang membuat kita berasa bengang.

Jadi kalau teruk sangat macam tu, apa yang boleh dibuat? Yang boleh dibuat ialah write-off sahaja stok tersebut sebagai kerugian, dan jangan fikir lagi pasal ini. Fikir untuk buat duit cara yang lain pula. Usahawan tak boleh pandang ke belakang, dan meratapi kerugian yang dah berlalu. Ambil pengajaran dari kisah tersebut, dan move on.

Ini adalah cara yang paling praktikal sekali. Ada 1001 cara yang boleh dibuat kalau nak mengikut emosi — panggil gengster, peras ugut, buat konspirasi, etc. tetapi sebagai usahawan sejati, usah lah membuang masa dan tenaga memikirkan perkara-perkara tersebut. Bukannya saya suruh menyerahkan hak anda dengan mudah, tetapi apa yang berlaku itu sudah berlaku, dan terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini ramai yang celako sebenarnya.

Segala kesilapan perniagaan kita, harus kita terima natijahnya, sama ada dari segi kewangan atau lain-lain. Terimalah pengajaran itu dan terus berusaha tanpa pandang ke belakang.

Saya sendiri telah beberapa kali rasa geram dan bengang, terutama dalam perkara membabitkan payment dan perjanjian. Ada payment yang dibayar selepas dua tahun. Ada payment yang lesap terus kerana kesilapan seorang kerani. Ada perjanjian yang terus ditamatkan walaupun black and white sudah dibuat. Apa nak buat? Nak saman? Belanja puluh-puluh ribu, habis berbulan-bulan, untuk mengkayakan lawyer? Buang masa sahaja. Masa saya lebih bernilai daripada wang. Lebih senang saya write-off sahaja, dan fikir bagaimana nak majukan perniagaan yang sedia ada.

Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu lembut dan mudah menyerahkan hak. Baiklah, jika wang yang terbabit itu banyak, sehingga mencapai jutaan ringgit, saya pun setujulah kalau nak buat tindakan undang-undang sampai ke mahkamah tinggi sekalipun. Tapi kalau setakat kena tibai dalam ribu2, anggaplah itu sebagai cost of learning business. Nampak macam pessimistic, tapi percayalah setiap usahawan akan melalui benda2 ini.

Kena tipu, kena sekat payment, payment lambat, kena gelapkan duit, customer cabut lari, etc etc, semua itu adalah asam garam keusahawanan. Dalam 10 kes yang berlaku, mungkin ada 1-2 kes layak diusahakan sampai dapat. Tapi yang selebihnya, tutuplah buku dan mulakan cerita baru. Jangan dibebani dengan kesilapan-kesilapan lama. Write off and move on.

Jika tidak, masa anda cuma habis mengejar benda-benda yang tak tentu ada lagi ke tidak. Mungkin duit yang dia kebas tu dia dah habis belanja. Kalau pun kita dapat panggil gengster dan bawa dia di depan kita, apa kita boleh buat? Duit pun dah tak ada. Nak suruh gengster pukul? Suruh kurung dalam kandang anjing? Tak boleh buat apa-apa pun. Write off and move on.

Samalah juga kalau berurusan dengan syarikat besar atau agensi kerajaan yang sekat payment atau tak bayar atau bayar lambat. Yang boleh kita buat cuma hantar payment notice sahaja (umpama syarikat air menghantar pink statement sebelum air kena potong). Apa kita nak buat lagi? Bakar ofis mereka? Tumbuk manager kompeni? Kalau mereka taknak bayar, tak ada apa kita boleh buat. Nak panggil lawyer pun, takde sapa lawyer nak amik. Dengar je kita nak claim setakat RM 10,000 dari syarikat, lawyer pun tergelak kek kek kek…”ini kos guaman aku pon tak lepas”.

Apa yang saya tulis ini hakikat sebenar, bukan sekadar falsafah dan cakap kosong. Memanglah kalau ikutkan semua hak kita mahu dituntut. Tapi cuba fikir-fikir balik, kenapa bank yang besar dan berasset berbilion ringgit itu setiap tahun write off beratus juta RM kerana peminjam tak bayar? Takkan mereka ni tak ada duit nak bayar lawyer, samseng, repo man, dsb. untuk tuntut hutang mereka? Jawapannya mudah sahaja: kalau orang tu tak ada duit, hantarlah AhLong paling samseng sekali pun, dia nak bayar pakai apa? Bayar pakai beras pulut?

Sama lah juga dalam bisnes kecil. Penyangak dan samdol2 ni ramai di luar sana — orang yang ambil barang tapi tak bayar, orang yang dapat servis tak bayar, orang yang buat agreement tapi tengah jalan dia mungkir, dan macam-macam lagi. Orang ini selalunya tak ada duit. Kalau Mahkamah Agung sekalipun keluar arahan suruh bayar, dia takkan bayar. Apa kita boleh buat? Nothing. Write off and move on.

Every year, saya akan write off semua hutang-hutang lapuk yang memang tak ada harapan nak kutip lagi. Dulu-dulu masa nak start bisnes memang saya bengang dengan hutang lapuk ni, rasa nak mengamuk dan bunuh orang pun ada, hehehe….Tapi sekarang ni, hutang lapuk is hutang lapuk, saya cuma boleh hantar outstanding statement sahaja, kalau dia tak bayar, saya akan write off. Tak perlu lah bengang-bengang, dan memeningkan kepala. Setiap tahun saya akan perbaharui akaun syarikat, buang semua hutang lapuk dan mulakan chapter yang baru.

Banyak yang kita boleh pelajari dari hutang-hutang lapuk dan kejadian-kejadian macam ni, tanpa perlu kita diulit rasa kesal sepanjang masa. Antaranya:

1) Jangan bagi kredit, mahupun cash forward pada orang yang tak boleh dipercayai 100%, walaupun saudara dan rakan sendiri

2) Jangan percaya orang lain, walaupun kawan sendiri. Sentiasa buat black and white untuk setiap transaction

3) Buat kerja selepas terima down payment

4) Always buat perjanjian

5) Jangan serahkan apa-apa kepada orang lain tanpa ada wang dahulu, termasuklah stok, ruang kerja, masa/tenaga staf kita, etc.

6) Di dalam bisnes, nilai janji ialah 0 (zero).

Semoga kita semua lebih matang dalam bisnes.

5 Responses to Perasaan Bengang

  1. Johan Tan says:

    Aku mmg setuju ngan ko 100%, tapi kalau setahun cepat sgt la kalau nak write off. At least kalau send statement every 2 weeks manala tau. Dierang pun segan jugak kot. Tp yg klakarnye aku pernah sembang ngan sorang nie, dia kata kat aku kalau dlm Islam, hutang business tak byr takper (?!!) .. giler..

    Tp dalam printing mmg org slalu mintak terms. Selalunya yg ada volume macam publishers. Kebiasaan yg kiterang buat ialah

    1) Mintak deposit untuk bukak ‘akaun’ dulu
    2) mintak post dated cek

    Kalau dierang tak setuju terpaksalah kiterang reject.. Berat hati jugak.. tapi terpaksalah sebab takut kena tipu.. niaya pulak kat kiterang nanti..

  2. Alif says:

    kalau dlm Islam, hutang business tak byr takper (?!!)

    ajaran mana dia ikut ni? haha…

    true…mmg SEMUA bisnes man akan lalui benda2 ni.😀

  3. suhaimiramly says:

    aku penah dengar jugak ajaran sesat ni…dia ckp hutang bisnes tak payah bayar sebab bukan hutang kat manusia, tapi hutang kat entiti perniagaan.

    pastu geng2 ni ada jugak ckp…hutang kad kredit tak payah bayar, sebab syarikat kad kredit ni menggalakkan riba’…kekeke pandai pulak cerita hukum lepas dah max out bershopping

    dan ada yang kata hutang kat gov’t (PTPTN, MARA, etc) pun tak wajib bayar sebab bukan hutang kat manusia.

    kekeke kesimpulannya, sebab duit manusia rela menjadi sesat

  4. Johan Tan says:

    Apprentice song cue: ” Money, money, money… money…” hahaha

  5. aziz says:

    aku pun stuju….daripada pening kepala fikir siang malam, baik redha je….mungkin bukan rezeki kita. Itu antara dia dgn Allah pulak…. tanggung la sendiri…. Mungkin ada rezeki utk kita di masa dan tempat lain…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: