Bincangkan

Berikut merupakan satu komen yang diberikan oleh seorang commenter pada suatu entry saya yang lalu berkenaan “pembedahan ghaib”:

Saya pelik anda semua mengaku muslim tetapi mengingkari dan menidakkan kaedah perubatan Islam yg syumul. Kita dikerumuni oleh ulama suk sepertimana hadis akhir zaman dan mereka tidak berupaya menzahirkan kemukjizatan al quran sepertimana ulama pewaris nabi.

Adakah ulama yg dilahirkan di Universiti lebih pandai dari segi ilmu berbanding Imam Mazhab, kalau begitu lahirkan satu mazhab baru agar fatwa anda dpt diterimapakai.Imam Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengharamkan sebarang pembedahan. Ulama Suk ini yang menjadikan umat akhir zaman seperti buih dilaut , boleh berbangga dari segi kuantiti tapi kualiti habuk.

Anda baca dan teliti laman web Yayasan Nur Syifa di Jakarta dan Perubatan Islam Nur Syifa di malaysia, kemampuan mereka merawati setiap jenis penyakit kronik tanpa perlukan sebarang pembedahan dan tidak menggunakan ubatan dadah yg hanya menahan sakit. Setiap penyakit ada ubatnya dan bukan makan ubat sepanjang hayat. Kandungan ubatan kimia mengandungi unsur babi dan dadah ini ternyata haram hukumnya.

Sifat keakuan para doktor adalah satu kejahatan yg besar terhadap Tuhan. Anda syirik yg boleh membawa kepada kekuuran. Belajar lah usuluddin secara mendalam agar anda faham makna syirik.

Orang yang komen ini bekerja di sebuah akhbar harian Bahasa Melayu yang terbesar di Malaysia (saya tahu melalui emailnya).

Tugasan anda — pembaca sekalian — ialah untuk membincangkan komen tersebut.

Antara yang boleh diperbincangkan ialah tuduhan beliau mengenai:

– tak percaya pembedahan ghaib = tak percaya kepada kesyumulan Islam

– doktor syirik kerana mempercayai ubat moden

– ubat moden mempunyai dadah dan babi

– empat mazhab mengharamkan pembedahan

– kita kena kembali kepada teknik perubatan ala Nur Syifa dan meninggalkan dadah dan pembedahan.

Sila komen di bawah. Jika ada doktor yang bagi komen lagi bagus. Kasi panas sket hehehe…

7 Responses to Bincangkan

  1. bud says:

    pengalaman aku masa berubat di Darussyiffa, ustaz yg ubat aku tu pesan kalau nak berubat tpt lain elakkan yg ada pembedahan batin. sebab kalo pembedahan batin ni mungkin akan melibatkan pertolongan makhluk lain. nak mintak tolong hanya pada Allah. kite manusia kalo nak bedah mestilah kene usik fizikal tu, kalo tak bukan nama bedah la.

  2. yus rezal says:

    Pembedahan ghaib.
    Apa yang dibedah? Ketulan darah? Sel-sel kanser? paku,duri,habuk yg diletakkan makhluk halus?
    Tanpa pisau?- yg ni mmg ada.Datang ke hospital aku.http://www.beaconhospital.com.my.Untuk cancer treatment.Doktor pun Melayu.Islam.

    Dalam ubat ada dadah dan babi.
    Ubat tu mmg la sebahagian darinya dadah.Ingat! bila ia disalahgunakan ia dipanggil najis dadah.Ubat mmg ada yg dari babi.tapi bukan semua.bukan setakat babi,tikus,lembu,bebiri,pokok,kerang,bakteria,telur,bahan kimia pun ada.

    Syirik makan ubat.
    Minum air kosong tapi percaya air itu menyembuhkan juga syirik.tak kirala air itu dibacakan sesuatu atau tak.

    sekian dahulu..akan menyusul lagi.

  3. nie apa yang ustaz asri tulis pasal perubatan islam.. wajar di baca

    http://drmaza.com/home/?p=1361

  4. Pendapat aku,

    Perlu difahami, kaedah mudah untuk membina pengaruh atau meluaskan perniagaan adalah dengan mendakwa kita dapat menyembuhkan satu-satu penyakit. Penyakit sembuh atau tidak, itu perkara kedua, tetapi bila seseorang claim dia boleh sembuhkan penyakit.. ini sudah memadai untuk orang percaya dan datang berduyun2.

    OK. perkara kedua yang dapat membina pengaruh adalah dakwaan bahawa seseorang itu dekat dengan Tuhan berbanding orang lain. Untuk bina ini agak mudah, dengan pakaian saja sudah memadai. Jika anda seorang penzina, perompak, perogol, pencuri.. dan esok nie ada orang hadiahkan jubah, kopiah dan serban dari Mekah.. anda pakai ja yang tu, anda dah jadi ustaz.. akan ada orang datang tanya nasihat dan mintak tlg doakan. hehe.

    Jadi golongan yang claim perubatan Islam seperti bedah ghaib ini adalah golongan yang sangat hina yang mengeksploitasikan masyarakat mengunakan 2 kaedah di atas. Mereka kata mereka boleh mengubat penyakit, dan mereka kata mereka perjuangkan perubatan Islam.

  5. Boy says:

    Saya pernah menjalani pembedahan ghaib membuang batu karang. Kalau nak ikut logik, memang tak logik langsung tapi perawat itu hanya menuris kulit perut dengan pisau lipat, kemudian memasukkan tiub getah kecil ke dalam pundi kencing dan menyedut batu karang yang macam pasir. Serta-merta, kesakitan yg saya tanggung terus hilang. Saya tunjukkan batu karang tersebut pada doktor dan dia mengesahkannya. Berhati2 dengan perawat penipu, cuba dapatkan pendapat orang lain yg pernah berubat dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: