DNA Usahawan

30 March 2011

Artikel menarik daripada saudara SJ:

http://shahabudeenjalil.com/2011/03/dna-usahawan/

_______________________________

Kisah hidup saya adalah completely opposite dengan saudara SJ. Saudara SJ pernah membuat pelbagai jenis kerja dan perniagaan sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Baca cerita hidup dia, macam tak percaya dia merupakan seorang yang sebaya dengan saya. Dari pekedai runcit, caddy golf, hingga lah tukang sapu kilang, kepada salesman kereta dan kini menjadi usahawan borong China dan technopreneur (melalui Lot.my). Banyak betul pengalaman kerja.

Mungkin ini adalah latihan yang diberikan oleh keluarga beliau, yang telah menjalankan perniagaan sejak beberapa generasi lalu (geng2 mamak ni selalunya memang kerja dia meniaga dari dulu lagi).

Lain pula dengan saya. Seorang datuk saya polis dan seorang lagi kerja KTM (dua-dua kerja kerajaan). Dua-dua nenek saya suri rumah. Ibu bapa saya bekerja kerajaan seumur hidup — lebih 30 tahun — dari awal kerja hingga pencen. Saya rasa tak ada seorang pun pakcik dan makcik saya yang meniaga, semuanya kerja kerajaan, swasta atau suri rumah. Kesemua adik beradik saya juga kerja kerajaan.

Jadi saya tiada DNA usahawan, bahkan suasana usahawan pun tak ada. Dari kecil dididik dengan selamatnya kerja kerajaan, bahawa orang kerja kerajaan ini mulia, dapat gaji tetap, dapat elaun, dapat pencen sampai mati, lepas mati isteri pun dapat pencen, dan lain-lain. Sebagai seorang yang ingin menjadi usahawan dalam environment ini sudah tentu payah untuk membuang mentaliti ini.

Saya juga tak pernah bekerja atau berniaga ketika kanak-kanak atau remaja. Saya seorang yang rajin belajar dan membaca buku — sesuatu yang dianggap oleh rakan sebaya sebagai tidak “street smart” dan tidak cool. Umur muda saya dihabiskan dengan belajar dan membuat kerja-kerja akademik. Sehingga hari ini saya lebih suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja akademik seperti membaca, membuat penyelidikan, penulisan dan kajian, berbanding aktiviti-aktiviti “keusahawanan” seperti networking, main golf, lepak kedai kopi, pergi trade conference dan sebagainya.

Kerja yang pertama saya buat dalam hidup saya ialah pada umur 24 tahun di suatu syarikat pelaburan. Sebelum itu, kerja part-time pun saya tak pernah buat, apatah lagi meniaga. Saya memang tak ada pengalaman berniaga langsung sebelum saya menubuhkan Aidan pada tahun 2007. Zero. Tak pernah sekali pun saya jual barang kepada sesiapa, walaupun buku teks lama sekalipun. Saya lebih rela mensedekahkan buku2 lama saya dengan percuma daripada menjual dengan harga 20 atau 30 dollar (harga asal lebih 100 dollar). Memang saya tak ada jiwa usahawan langsung.

Sebab itu lah bila saya mengumumkan pada 2007 yang saya ingin berhenti kerja dan menjadi usahawan sepenuh masa, ramai orang ingat saya sudah gila. Ramai yang sinis, dan memberitahu saya, bahawa lagi 1-2 tahun sure saya akan datang merangkak nak kerja makan gaji semula.

Ramai juga yang meramalkan bahawa saya takkan lama dalam bisnes, kerana saya seorang yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai jiwa usahawan. Mengikut mereka, dunia usahawan ini adalah dunia yang dipenuhi jerung dan orang seperti saya yang “nice guy” ini tak boleh tahan lama di dunia mereka (yang peliknya, orang yang cakap ni bukan bisnesman pun, tapi pekerja swasta selama 15 tahun. cakap macam pandai jek…hehehe). Pelbagai cerita direka untuk menakut-nakutkan saya.

Mujurlah keluarga saya menyokong 100%. Mereka faham kalau saya buat apa-apa pun, saya memang tak akan buat dengan main-main dan saya akan buat sehingga berjaya.

Alhamdulillah, setakat ini, tak ada pulak rasa nak kembali kepada makan gaji. Walaupun saya bukanlah seorang usahawan yang hebat, tapi setakat ini 4 tahun saya survive dengan hasil usaha saya sendiri dan sokongan partner2 saya. Alhamdulillah, kompeni dah semakin besar dan semakin banyak, ada yang agak berjaya, projek dah makin berganda, profile pun dah meningkat, pengalaman semakin banyak, network makin luas, ada tahun-tahun yang mendapat keuntungan besar, dan ada juga tahun yang sempit sikit (biasalah tu, adat meniaga).

Selama 4 tahun saya menjadi usahawan ini, saya bekerja keras, tapi saya menjalani gaya hidup yang santai, sempoi, fleksible, relax. Saya ada banyak peluang untuk ke luar negara (lebih 20 kali sejak saya berhenti kerja 4 tahun lalu), juga hidup saya tiada stress dan tekanan, duit yang sentiasa mencukupi (kekadang berlebihan), boleh pegi Haji lagi. Kesimpulannya, takde DNA usahawan pun boleh jadi usahawan. Yang penting, usaha gigih dan jangan putus asa. Apabila terduduk, cepat bangun.

Tapi kalau ada DNA usahawan (macam saudara SJ), lagi bagus. Kembangkan potensi anda semaksima mungkin.

Advertisements

Cicak tokek dalam Utusan

28 March 2011

Artikel dalam akhbar Utusan hari ini, yang diilhamkan daripada entri blog saudara Shahabudeen Jalil:

 

mana pegi geng2 tokek? meh la maki hamun dalam comment box aku


Tahniah

25 March 2011

Lotdotmy Sdn Bhd telah memenangi anugerah “Best New Media Application” pada majlis penyampaian anugerah NEF-Awani 2010 ICT Awards. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada CEO Lot.my, Saudara Akmal.

Tahniah kepada geng lot.my!

(L-R) Akmal, Suhaimi, Jalil, Khairul @ Bird, Luqman, Alif & Naz

 


Komputer zaman purba

24 March 2011

Pada hari ini, sedang saya leka surfing menggunakan internet jalur lebar tanpa wayar di atas notebook saya yang ringan, murah (RM 799 brand new), yang mempunyai keupayaan grafik dan audio yang hebat dan kuasa pemprosesan yang tinggi beserta hard disk sebesar lebih 200 GB, tiba-tiba bapa saya mengetuk pintu bilik saya.

“Mi, mari kejap, nak tunjuk sesuatu”. Saya pun selaku anak yang taat pergilah ke bilik bapa saya.

Kemudian bapa saya mengeluarkan dari almarinya satu peralatan zaman purba yang digunakan oleh manusia zaman batu:

Ini dia mende nya, beratnya lebih kurang dalam 10kg, boleh digunakan sebagai senjata zaman purba. Hempap atas kepala dinosaur kompem mati.

Cih, ingat apa benda, komputer rupanya. Nama komputer ini ialah Amstrad PPC 512. Amstad ialah satu syarikat pengeluar komputer yang terkenal suatu masa dahulu, dan PPC bermaksud Portable Personal Computer.

Portable my ass

Berat keseluruhan benda ini hampir 10kg termasuk manual yang tebal, adapter yang besar, dan bermacam aksesori2 di samping komputer itu. Orang sekarang komplen sakit bahu sebab duduk di depan komputer sehari suntuk, orang zaman dulu sakit bahu sebab angkut komputer “portable”.

Kemudian saya pun membuka beg tersebut. Bapa saya telah menjaga komputer ini dengan sangat baik. Walaupun komputer ini dibeli lebih 20 tahun dahulu, tapi keadaannya masih baik, tidak berhabuk dan bercalar.

Ini rupa komputer itu:

macam rupa mesin amik blood pressure

bila bukak ada keyboard...hehehee

skrin boleh naik pulak...perghh hebat2

Komputer dan aksesori2 nya:

Komputer, floppy disk, dan manual. Disk tu satu untuk MS-DOS (operating system, macam Windows) dan satu lagi untuk PPC Organizer (macam Microsoft Office)

Saya kemudian membaca manual tersebut. Ini adalah antara page-page di dalam manual itu:

Kalau takde power source, boleh ganti dengan bateri 10 bijik...wakakakakaka...laptop ko ada boleh pakai bateri????

Tuk nenek kepada internet

cara menyuap disk yang betul

700,000 bytes aje total disk space...satu mp3 pon tak muat

wah ajaib...boleh guna calculator

word processor. macam payah je nak guna...tulis tangan lagi senang kut

Setelah penat gelak sambil membelek manual itu dari awal sampai akhir, saya pun meminta kebenaran daripada ayah saya untuk pasang komputer itu.

Mula-mula saya risau juga, nanti lepas sambung power source komputer itu akan meletup kerana mungkin organ dalamannya sudah berkarat dan mengeluarkan cecair kimia. Komputer ini tidak pernah digunakan sejak 1991 jadi apa-apa pun boleh berlaku. Lagipun saya tak rasa komputer ini hidup lagi. Takkan lah mesin 20 tahun boleh hidup — laptop aku beli 2 tahun lepas pon dah kaput.

Mula-mula kena sambung kepada adapter. Adapter saja berat dah dekat 1/2 tan metrik:

sama berat dengan lesung tumbuk sambal belacan

kalau on the road boleh cucuk dalam kereta...wakakkakaa

lubang untuk bubuh diskette

Setelah memasang power source dan memasukkan disket yang betul, saya pun membaca bismillah (bukan apa, takut meletup) dan kemudian membuka suis itu.

Jeng jeng jeng…ini hasilnya:

Hidup lagi beb!! "Last used on 1 January 1990" <-- ini aku rasa reset date, tapi memang dah 20 tahun tak penah bukak

Kemudian saya pun mengambil masa berjam-jam menggodek dan mencuba benda-benda dalam komputer ni. Kekekeke…feels like the 90s again. Nostalgia, nostalgia.

Kesimpulannya komputer ni masih boleh pakai, walaupun lembab macam kura-kura kena arthritis.

Bayangkan satu masa dulu, komputer ni dianggap state-of-the-art dan student2 dan pekerja pejabat bangga mengheret komputer ni kehulu kehilir untuk menunjukkan “kecanggihan” mereka (sambil juga menunjukkan kekuatan bahu mereka).

Kalau ada sesiapa jakun nak tengok, boleh hubungi saya. Nak beli pun boleh, tapi kena harga collector’s item lah. Barang 20 tahun beb, tapi still boleh pakai.

Sorry gambar buruk, tapi sapa berminat boleh quote price untuk semua ni, all included:

For sale: Amstrad PPC512 (computer, adapter, car adapter, 2 manuals, 2 diskettes, all in original bag). 20+ years old but still functional, although LCD screen has turned dim.

Sekian kisah komputer zaman purba. Kembali semula ke zaman moden. The old days suck.

 


Shahabudeen Jalil: Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran

22 March 2011

Dipinjam dengan izin. Entri asal di

http://shahabudeenjalil.com/2011/02/rahsia-bulan-kelahiran/

________________________________

Pertama sekali saya perlu nyatakan bahawa ramalan di atas ini saya kurang pasti samada ia betul-betul dari Dr. Fadzilah Kamsah atau ada orang lain yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Saya sangat berharap ada orang tak bertanggunjawab yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Ini adalah kerana saya juga antara orang yang menghormati Dr. Fadzilah Kamsah.

Tetapi perlu saya nyatakan di sini bahawa ramalan seperti ini adalah KARUT. Walaupun ini dikatakan berdasarkan kajian beliau. Kajian apa sangat yang beliau boleh buat ? terhadap berapa orang ?

Dalam menilik nasib, meramalkan tarikh lahir, meramal bulan kelahiran, horoskop, numerology dan sebagainya. Tukang tilik ini hanya menggunakan satu teknik yang sangat mudah. Iaitu, mereka mencipta ayat yang terbuka, fleksibel dan tidak boleh diukur (not scalable) yang boleh disesuaikan dalam semua keadaan.

Pada suatu hari, saya mengenali seorang si A melalui rakan saya. Si A memperkenalkan diri dan rakan saya pun memberitahu bahawa si A ini pakar dalam meramal dengan menggunakan tarikh lahir.

Ditanyanya tarikh lahir saya dan saya pun berikan la. Walaupun dari awal saya tahu orang ini akan mula menipu. Maka si A pun memulakan ramalan…

“Abang nie seorang yang penyayang”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. aku penyayang…

“Abang nie mesti ramai perempuan suka kan ?”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. ramai pompuan suka aku… (makcik makcik la.. ).. Aku terus blushing walaupun aku tahu dia menipu..

“Abang nie pandai bercakap di hadapan ramai”

Aduh.. ini mesti kawan aku dah cakap kat hang…. tapi tak apa.. aku nak percaya macam tu jugak.

“Abang nie bermotivasi tinggi dan bercita-cita tinggi kan?”

Aduh.. ada ka orang bercita-cita rendah ??? Tak kira, aku percaya, aku percaya, aku percaya…

Satu lagi ayat yang digunakan “Abang nie orang yang suka memaafkan orang, tetapi kekadang abang tak dapat memaafkan. Jika abang benci sangat seseorang itu, abang akan terus benci”

Memang la bahalol.. semua orang pun macam tu.

Inilah dialog bodoh dengan seseorang yang claim boleh menilik nasib.

Jika kita teliti ayat di poster di atas ataupun ramalan yang si A berikan kepada saya… kedua-duanya sangat mudah. Mereka menggunakan ayat yang terbuka, fleksible dan tidak boleh diukur. Kita sebagai manusia yang sensitif akan mengiyakan apa yang kita NAK dengar.

Dengan berbuat demikian, hati kita menjadi tenang. “Aku seorang penyayang, disukai perempuan, pandai bercakap di hadapan umum”

Sekarang mari kaji ramalan Dr. Fadzilah Kamsah di atas untuk orang yang lahir pada bulan Jun.

1. Berfikiran jauh dan berwawasan – Semua orang pun percaya sebegini

2. Mudah ditawan kerana sikap yang baik – Orang bulan Jun tak ada seorang pun yang jahat.

3. Berperangai lemah lembut – Ini kompom salah, aku tak lemah lembut pun.

4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood – Orang lahir bulan lain semua takkan berubah semua ciri ini.

5. Bersikap sensitif – Ada timbang kati ka untuk ukur bertapa sensitifnya seseorang ?

cukuplah setakat ini…

Jadi, jika anda mendengar golongan sebegini tampil untuk memberi ramalan, tolak awal-awal. Ini bakal membuang masa anda. Jangan percaya kepada Dr. Fadzilah Kamsah jika benar dia keluarkan ramalan ini, Jangan percaya kepada Dr. Universiti Gorgon Cucuk Kepala mahupun pakar-pakar motivasi lain yang cuba membuatkan anda percaya terhadap perkara ini.

Sila tonton video di bawah

Moga berubah masyarakat kita.

Terima kasih.

Shahabudeen Jalil

 


one more lame joke

21 March 2011

My math professor often told me that I’m an average student.

I thought that was mean.

 

*rimshot*


hehe

21 March 2011

Two scientists walk in to a bar. The first scientist says to the bartender, “I’ll have H2O”. The second scientist says, “I’ll have H2O too”. They get their drinks and drink them. The second scientist dies.


%d bloggers like this: