Kenapa caj mahal

Entri bisnes pulak, dah lama tak tulis pasal ni.

Semua orang nakkan harga murah, dan ada ramai para peniaga dan usahawan berfikir bahawa harga murah akan menaikkan jumlah pelanggan dan meningkatkan keuntungan.

Walaupun kenyataan tersebut mungkin betul dalam beberapa jenis industri dan dalam beberapa bentuk perniagaan, tetapi secara keseluruhannya, meletakkan harga murah adalah strategi perniagaan yang kurang baik. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Simple arithmetic. Jika harga murah, maka margin semakin nipis dan anda perlu meningkatkan jumlah jualan untuk mendapatkan keuntungan yang setara. Bak kata peniaga2 lepak kedai kopi, “main volume”. Ini adalah sesuai bagi sebahagian bisnes dan tidak sesuai bagi sebahagian bisnes yang lain.

2. Harga murah akan menyebabkan price war. Price war adalah bagus bagi pengguna. Cuba lihat kesan price war MAS dan AirAsia terhadap air travel di Malaysia, dan bayangkan jika Astro juga ada competitor. Tetapi price war adalah suicidal bagi peniaga.

Sebagai usahawan, price war ini adalah petanda industri anda akan merosot. Bermakna, profit margin dalam industri ini akan jatuh dan kekal rendah selama-lamanya.

Jadi sebagai usahawan anda mesti mencari bidang yang kebal daripada price war dan letakkan harga tinggi. Ini adalah common sense yang dicedok oleh para akademik yang memanggilnya “blue ocean strategy”.

Carilah niche market yang tak ramai pesaing dan caj tinggi2. Cukuplah jual baju baby dan cupcake — dah beribu suri rumah dan peniaga part-time buat kedai jual baju baby dan cupcake sehingga tiada profit margin lagi yang tinggal (kecuali beberapa ketul sahaja).

3. Harga rendah akan menyebabkan customer memandang cikai kepada anda. Harga premium yang disertai dengan customer service yang baik, packaging yang bagus, branding yang cantik, dan sebagainya, lebih menarik pelanggan berbanding harga murah. Mungkin anda akan kehilangan bisnes2 daripada pelanggan-pelanggan yang kedekut dan berkira ini, tapi tak mengapa, mereka bukanlah pelanggan yang baik dan setia (rujuk point no 5 di bawah).

Lebih baik concentrate kepada pelanggan-pelanggan yang menghargai produk atau perkhidmatan anda kerana kualiti dan servis yang baik, dan sanggup membayar harga mahal.

4. Menarik manusia dengan diskaun yang terlalu kerap akan menyebabkan anda kelihatan cikai. Lainlah jika anda gudang yang besar seperti Mydin atau Globe Silk Store, atau kedai2 retail di shopping mall besar, di mana tempoh Sale adalah tempoh menarik orang ramai ke premis anda. Pelanggan2 ini tidak lah merasa Mydin atau Globe ni cikai sebab selalu buat sale.

Tapi jika anda peniaga kecil, diskaun2 ini semua membuang masa dan membuang duit. Setakat jual baju baby online, tak perlu lah ada 1001 macam diskaun seperti “special mothers day discount”, “monthly discount”, “early bird discount”, “referral discount”, “anniversary discount”, etc. Pertamanya, orang tak akan lihat pun diskaun anda ketika membuat keputusan membeli. Mereka melihat kualiti dan servis yang anda belikan. Kedua, diskaun yang terlalu kerap menjadikan anda kelihatan terdesak dan memberi impression perniagaan anda cikai. Ketiga, diskaun ni merugikan duit.

Carilah promosi yang lebih baik selain diskaun dan special offer.

Saya tak pernah beri diskaun untuk produk dan servis saya, tak kira lah early bird ke, early snake ke, group registration ke, apa ke, walaupun kepada saudara dan keluarga sendiri. Harga saya flat, as-is, final dan non-negotiable.

Satu-satunya diskaun yang saya beri adalah kepada distributor dalam consignment agreement. Itu sahaja.

Kerja diskaun ni adalah business model AirAsia dan gedung2 membeli-belah. Untuk bisnes lain, tak perlu diskaun2.

5. Harga murah akan menarik pelanggan yang mudah lari apabila mereka jumpa yang lebih murah. Mereka yang merupakan bargain hunter ini akan lari kepada competitor anda bila harga yang ditawarkan mereka kurang walaupun cuma sedikit. Lebih baik anda menarik regular customer yang sanggup membayar mahal untuk produk dan servis berkualiti.

6. Harga juga harus ditingkatkan dari setahun ke setahun. Ini untuk memberi signal kepada pelanggan bahawa produk dan perkhidmatan anda semakin meningkat kualiti dari masa ke semasa. Peningkatan ini boleh dijustifikasi dengan alasan inflasi atau kos yang meningkat (walaupun anda tak perlu bagitau ini kepada pelanggan anda — cukup anda beritahu bahawa memang harga kami dinaikkan dari tahun ke tahun).

7. Harga yang mahal dapat mengurangkan kos anda. Walaupun jumlah pelanggan tak seramai yang anda boleh dapat dengan memotong harga, sekurang-kurangnya jumlah pelanggan yang kurang boleh menjimatkan beberapa kos perniagaan anda.

Ini adalah penting untuk perniagaan dalam bentuk perkhidmatan. Jika dengan harga tinggi anda perlu berurusan dengan 1 pelanggan sahaja berbanding 3 pelanggan, ada banyak benda yang anda boleh jimatkan (masa, tenaga kerja, resources, headache, etc.)

8. Harga mahal menyebabkan pelanggan lebih setia dengan perniagaan anda dan merasa lebih “class”. Contohnya, brand2 terkemuka seperti Starbucks, McDonalds dan Nike.

Jika dilihat dari segi kualiti, tak adalah beza sangat barangan mahal tu dengan alternatif yang lebih murah, tapi bayaran yang tinggi menyebabkan pelanggan secara unconscious menganggap produk dan servis anda memang hebat.

9. Dari aspek servis, harga mahal dapat meningkatkan reputasi anda di mata pelanggan. Jika anda meletakkan harga murah yang sesiapa pun boleh bayar untuk perkhidmatan anda, persepsi anda di mata orang ramai adalah “cikai”.

Anda mesti meletakkan harga tinggi supaya nilai anda adalah nilai seorang professional, bukan nilai seorang cikai, tak kira lah anda guru tuisyen, gym instructor, IT consultant, lawyer, accountant, dll.

10. Dan akhir sekali, kita mesti caj mahal kerana kita mestilah bersikap kapitalistik dan mengutamakan keuntungan dalam perniagaan. Jika perniagaan dicemarkan dengan sifat kasihan dan mahu buat baik, lebih baik anda tutup sahaja bisnes anda dan buka rumah anak yatim untuk membuat kerja-kerja amal.

Dengan mendapatkan semaksima mungkin keuntungan daripada perniagaan anda, barulah perniagaan anda berjaya. Tanpa untung, tiada lah perniagaan, yang ada cuma aktiviti jualbeli sahaja.

Setakat untung-untung kecil yang cukup makan, itu adalah level penjual2 baju baby online yang made in china.

Peniaga dan usahawan sebenar mestilah mengejar UNTUNG BESAR — 100% profit margin or more.

(Note: Ada beberapa bentuk perniagaan dan industri yang tidak sesuai untuk diaplikasikan apa yang saya tulis di atas. Sila guna common sense).

6 Responses to Kenapa caj mahal

  1. azrul nizam says:

    Apa yang diperkatakan memang bagus tapi seperti mana yang dikatakan sebagai kesimpulannya ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai mengikut biz. Saya lebih suka melihat kepada barangan yang murah tapi sangat berkualiti.

  2. pyanski says:

    Aku rasa kalau bisnes tu nak ada profit margin besar, dia takleh just depend on buy-and-sell. Mesti kena make-and-sell, as in the value added in the making process tu yang will contribute to the margin. But then again kalau boleh beli screwdriver rm5 and jual kat gomen for rm200, tu lagi besar margin tu haha

  3. hambal says:

    nasib baik ada bal utk bg nasihat..thank u very much, semoga usaha sentiasa diberkati Allah s.w.t

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: