Shahabudeen Jalil: Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran

Dipinjam dengan izin. Entri asal di

http://shahabudeenjalil.com/2011/02/rahsia-bulan-kelahiran/

________________________________

Pertama sekali saya perlu nyatakan bahawa ramalan di atas ini saya kurang pasti samada ia betul-betul dari Dr. Fadzilah Kamsah atau ada orang lain yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Saya sangat berharap ada orang tak bertanggunjawab yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Ini adalah kerana saya juga antara orang yang menghormati Dr. Fadzilah Kamsah.

Tetapi perlu saya nyatakan di sini bahawa ramalan seperti ini adalah KARUT. Walaupun ini dikatakan berdasarkan kajian beliau. Kajian apa sangat yang beliau boleh buat ? terhadap berapa orang ?

Dalam menilik nasib, meramalkan tarikh lahir, meramal bulan kelahiran, horoskop, numerology dan sebagainya. Tukang tilik ini hanya menggunakan satu teknik yang sangat mudah. Iaitu, mereka mencipta ayat yang terbuka, fleksibel dan tidak boleh diukur (not scalable) yang boleh disesuaikan dalam semua keadaan.

Pada suatu hari, saya mengenali seorang si A melalui rakan saya. Si A memperkenalkan diri dan rakan saya pun memberitahu bahawa si A ini pakar dalam meramal dengan menggunakan tarikh lahir.

Ditanyanya tarikh lahir saya dan saya pun berikan la. Walaupun dari awal saya tahu orang ini akan mula menipu. Maka si A pun memulakan ramalan…

“Abang nie seorang yang penyayang”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. aku penyayang…

“Abang nie mesti ramai perempuan suka kan ?”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. ramai pompuan suka aku… (makcik makcik la.. ).. Aku terus blushing walaupun aku tahu dia menipu..

“Abang nie pandai bercakap di hadapan ramai”

Aduh.. ini mesti kawan aku dah cakap kat hang…. tapi tak apa.. aku nak percaya macam tu jugak.

“Abang nie bermotivasi tinggi dan bercita-cita tinggi kan?”

Aduh.. ada ka orang bercita-cita rendah ??? Tak kira, aku percaya, aku percaya, aku percaya…

Satu lagi ayat yang digunakan “Abang nie orang yang suka memaafkan orang, tetapi kekadang abang tak dapat memaafkan. Jika abang benci sangat seseorang itu, abang akan terus benci”

Memang la bahalol.. semua orang pun macam tu.

Inilah dialog bodoh dengan seseorang yang claim boleh menilik nasib.

Jika kita teliti ayat di poster di atas ataupun ramalan yang si A berikan kepada saya… kedua-duanya sangat mudah. Mereka menggunakan ayat yang terbuka, fleksible dan tidak boleh diukur. Kita sebagai manusia yang sensitif akan mengiyakan apa yang kita NAK dengar.

Dengan berbuat demikian, hati kita menjadi tenang. “Aku seorang penyayang, disukai perempuan, pandai bercakap di hadapan umum”

Sekarang mari kaji ramalan Dr. Fadzilah Kamsah di atas untuk orang yang lahir pada bulan Jun.

1. Berfikiran jauh dan berwawasan – Semua orang pun percaya sebegini

2. Mudah ditawan kerana sikap yang baik – Orang bulan Jun tak ada seorang pun yang jahat.

3. Berperangai lemah lembut – Ini kompom salah, aku tak lemah lembut pun.

4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood – Orang lahir bulan lain semua takkan berubah semua ciri ini.

5. Bersikap sensitif – Ada timbang kati ka untuk ukur bertapa sensitifnya seseorang ?

cukuplah setakat ini…

Jadi, jika anda mendengar golongan sebegini tampil untuk memberi ramalan, tolak awal-awal. Ini bakal membuang masa anda. Jangan percaya kepada Dr. Fadzilah Kamsah jika benar dia keluarkan ramalan ini, Jangan percaya kepada Dr. Universiti Gorgon Cucuk Kepala mahupun pakar-pakar motivasi lain yang cuba membuatkan anda percaya terhadap perkara ini.

Sila tonton video di bawah

Moga berubah masyarakat kita.

Terima kasih.

Shahabudeen Jalil

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: