DNA Usahawan

Artikel menarik daripada saudara SJ:

http://shahabudeenjalil.com/2011/03/dna-usahawan/

_______________________________

Kisah hidup saya adalah completely opposite dengan saudara SJ. Saudara SJ pernah membuat pelbagai jenis kerja dan perniagaan sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Baca cerita hidup dia, macam tak percaya dia merupakan seorang yang sebaya dengan saya. Dari pekedai runcit, caddy golf, hingga lah tukang sapu kilang, kepada salesman kereta dan kini menjadi usahawan borong China dan technopreneur (melalui Lot.my). Banyak betul pengalaman kerja.

Mungkin ini adalah latihan yang diberikan oleh keluarga beliau, yang telah menjalankan perniagaan sejak beberapa generasi lalu (geng2 mamak ni selalunya memang kerja dia meniaga dari dulu lagi).

Lain pula dengan saya. Seorang datuk saya polis dan seorang lagi kerja KTM (dua-dua kerja kerajaan). Dua-dua nenek saya suri rumah. Ibu bapa saya bekerja kerajaan seumur hidup — lebih 30 tahun — dari awal kerja hingga pencen. Saya rasa tak ada seorang pun pakcik dan makcik saya yang meniaga, semuanya kerja kerajaan, swasta atau suri rumah. Kesemua adik beradik saya juga kerja kerajaan.

Jadi saya tiada DNA usahawan, bahkan suasana usahawan pun tak ada. Dari kecil dididik dengan selamatnya kerja kerajaan, bahawa orang kerja kerajaan ini mulia, dapat gaji tetap, dapat elaun, dapat pencen sampai mati, lepas mati isteri pun dapat pencen, dan lain-lain. Sebagai seorang yang ingin menjadi usahawan dalam environment ini sudah tentu payah untuk membuang mentaliti ini.

Saya juga tak pernah bekerja atau berniaga ketika kanak-kanak atau remaja. Saya seorang yang rajin belajar dan membaca buku — sesuatu yang dianggap oleh rakan sebaya sebagai tidak “street smart” dan tidak cool. Umur muda saya dihabiskan dengan belajar dan membuat kerja-kerja akademik. Sehingga hari ini saya lebih suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja akademik seperti membaca, membuat penyelidikan, penulisan dan kajian, berbanding aktiviti-aktiviti “keusahawanan” seperti networking, main golf, lepak kedai kopi, pergi trade conference dan sebagainya.

Kerja yang pertama saya buat dalam hidup saya ialah pada umur 24 tahun di suatu syarikat pelaburan. Sebelum itu, kerja part-time pun saya tak pernah buat, apatah lagi meniaga. Saya memang tak ada pengalaman berniaga langsung sebelum saya menubuhkan Aidan pada tahun 2007. Zero. Tak pernah sekali pun saya jual barang kepada sesiapa, walaupun buku teks lama sekalipun. Saya lebih rela mensedekahkan buku2 lama saya dengan percuma daripada menjual dengan harga 20 atau 30 dollar (harga asal lebih 100 dollar). Memang saya tak ada jiwa usahawan langsung.

Sebab itu lah bila saya mengumumkan pada 2007 yang saya ingin berhenti kerja dan menjadi usahawan sepenuh masa, ramai orang ingat saya sudah gila. Ramai yang sinis, dan memberitahu saya, bahawa lagi 1-2 tahun sure saya akan datang merangkak nak kerja makan gaji semula.

Ramai juga yang meramalkan bahawa saya takkan lama dalam bisnes, kerana saya seorang yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai jiwa usahawan. Mengikut mereka, dunia usahawan ini adalah dunia yang dipenuhi jerung dan orang seperti saya yang “nice guy” ini tak boleh tahan lama di dunia mereka (yang peliknya, orang yang cakap ni bukan bisnesman pun, tapi pekerja swasta selama 15 tahun. cakap macam pandai jek…hehehe).¬†Pelbagai cerita direka untuk menakut-nakutkan saya.

Mujurlah keluarga saya menyokong 100%. Mereka faham kalau saya buat apa-apa pun, saya memang tak akan buat dengan main-main dan saya akan buat sehingga berjaya.

Alhamdulillah, setakat ini, tak ada pulak rasa nak kembali kepada makan gaji. Walaupun saya bukanlah seorang usahawan yang hebat, tapi setakat ini 4 tahun saya survive dengan hasil usaha saya sendiri dan sokongan partner2 saya. Alhamdulillah, kompeni dah semakin besar dan semakin banyak, ada yang agak berjaya, projek dah makin berganda, profile pun dah meningkat, pengalaman semakin banyak, network makin luas, ada tahun-tahun yang mendapat keuntungan besar, dan ada juga tahun yang sempit sikit (biasalah tu, adat meniaga).

Selama 4 tahun saya menjadi usahawan ini, saya bekerja keras, tapi saya menjalani gaya hidup yang santai, sempoi, fleksible, relax. Saya ada banyak peluang untuk ke luar negara (lebih 20 kali sejak saya berhenti kerja 4 tahun lalu), juga hidup saya tiada stress dan tekanan, duit yang sentiasa mencukupi (kekadang berlebihan), boleh pegi Haji lagi. Kesimpulannya, takde DNA usahawan pun boleh jadi usahawan. Yang penting, usaha gigih dan jangan putus asa. Apabila terduduk, cepat bangun.

Tapi kalau ada DNA usahawan (macam saudara SJ), lagi bagus. Kembangkan potensi anda semaksima mungkin.

One Response to DNA Usahawan

  1. Wida says:

    TQ..bersemangat baca entri nih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: