Dajjal sudah mati?

Minggu lepas masa muktamar PAS, saya telah pegi berjalan2 ke bazar muktamar di Taman Melewar, yang terletak di belakang rumah saya je. Jumpa satu gerai jual buku. Salah satu buku yang dijual ialah buku ini: Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan.

Inilah buku yang saya bantai dalam entry lama saya “Teori Konspirasi itu Bodoh”. Dajjal yang wujud di Khurasan itu, mengikut penulis buku ini, ialah Sathya Sai Baba.

Yang paling meluatkan saya bila membelek buku ini, ialah apabila penulis telah merendah2kan orang yang tidak percaya teori konspirasi–bahawa Sai Baba adalah Dajjal–sebagai orang2 yang buta hati, dan orang yang tidak mahu percaya bukti Al-Quran dan Hadis (kepala hotak dia).

Buku ini diterbitkan di Indonesia, kemudian dikarang semula dalam bahasa Melayu untuk pasaran Malaysia. (Bila kerajaan suruh banyakkan terjemahan buku ke dalam BM, maksudnya ialah terjemah karya2 ilmiah dan nonfiction, bukan suruh terjemah buku sampah macam ni).

Penulis itu siap bahagikan manusia kepada beberapa golongan: golongan yang percaya teori konspirasi ialah manusia yang “celik” dan mempunyai “mata hati”, manakala manusia yang tak percaya adalah mudah tertipu dan buta hati dan terlalu banyak pakai logik dan tidak menggunakan “mata hati”. Pendek kata, siapa tak percaya Dajjal itu Sai Baba adalah lemah iman.

Ramai yang beli dan baca buku ni sehingga jadi bestseller. Buku ini terjual di beberapa major chain bookstore, bukan sahaja kedai2 buku agama di Masjid India.

……

Sekarang Sai Baba dah mati.

http://www.bbc.co.uk/news/world-south-asia-13180011

Saya nak tanya satu soalan simple je kepada geng2 yang baca buku ni:

Adakah Dajjal sudah mati?

One Response to Dajjal sudah mati?

  1. Mcm mnr muka [DAJAL] ha……????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: