Kenapa Saya Tinggalkan Public Gold — M. Alif Nordin

Satu artikel panas yang ditulis oleh boss saya di Aidan Group iaitu En. Mohd Alif Nordin.

Artikel ini telah mendapat hampir 5000 share di FB:

http://www.pelabursilver.com/4-sebab-kenapa-saya-tinggalkan-public-gold.html

____________________________

Disclaimer:

1.Nama “Public Gold” atau singkatannya iaitu “PG” di dalam artikel ini adalah merujuk kepada empunya laman web http://www.publicgold.com.my

2. Artikel ini ditulis oleh saya, dari perspektif mentaliti seorang bisnesman full time (Aidan Group) sejak lebih 5 tahun yang lalu dan seorang Master Dealer bagi Public Gold yang tidak puas hati dengan pengurusan Public Gold dan sudah tidak aktif mempromosi produk Public Gold.

3. Artiel ini tidak memburukkan mana-mana produk Public Gold. Semua pembeli produk Public Gold perlu yakin bahawa produk Public Gold diperbuat daripada emas dan perak yang tulen dan berkualiti tinggi.

4. Segala keputusan yang dibuat dan mengapa artikel ini ditulis adalah atas dasar pilihan peribadi, bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh orang lain.

5. Artikel ini ditulis tidak atas dasar sentimen perkauman antara bangsa Melayu dan Cina atau mana2 bangsa.

***************************************

Nama saya ialah Mohd Alif Nordin. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya adalah seorang Master Dealer yang sah bagi Public Gold (PG). Mungkin setelah mana2 pihak menyampaikan artikel ini kepada pihak pengurusan PG nanti, maka dealership saya akan ditamatkan dan saya tidak dibenarkan lagi untuk mempromote produk PG. Serious…. saya tak kisah langsung. Kalau saya kisah, maka tak mungkin saya akan mengeluarkan artikel ini. Sila sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya berbaloi disebarkan.

Baiklah. Mari kita mulakan. Mengapa saya tinggalkan Public Gold?

1. Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.

Semua dealer PG tahu, sesiapa sahaja boleh membeli produk PG terus  di cawangan PG di seluruh Malaysia. Anda boleh tanya kepada mana2 dealer tentang rancangan PG untuk membuka semakin banyak cawangan PG di seluruh Malaysia.

Kesan terhadap syarikat?

(a) Syarikat PG semakin dikenali ramai. Brand equity nya akan semakin meningkat. Produk PG senang didapati di mana2. PG makin maju.

(b) Syarikat dapat buat untung lebih sebab tak perlu tolak % komisen untuk dealer memandangkan pembeli boleh beli direct tanpa perlu melalui introducer/agent/dealer.

Kesan terhadap dealer?

Cuba anda semua fikir, bila sesiapa sahaja boleh pergi ke mana2 cawangan PG untuk membeli produk, bukankah ini akan ‘membunuh’ semua dealer dalam jangka masa panjang? Untuk bangunkan PG, dealer2 di leverage kan. Bila syarikat makin berkembang, dealer2 dipinggirkan secara ‘halus’. Kalau anda tanya orang2 top dalam PG mengapa ini dilakukan, mungkin mereka akan memberi alasan bahawa “…nanti senang untuk dealer2 nak pick up produk utk customer“.

hahahaha…bagi saya ini cuma alasan gula2 utk menyedapkan hati dealer. Mula2 memang la. Lepas pembeli dah tau diorang boleh beli direct and tempat nak belinya tak jauh mana, saya yakin sebahagian besar pembeli akan beli direct drp cawangan PG berdekatan dan bukan lagi melalui dealer. Sama macam orang beli produk di kedai Habib Jewel dan sebagainya. Kenapa? Gunalah common sense. Kalau anda di beri pilihan semasa nak beli logam berharga, anda suka dapat ‘fresh’ from kedai atau melalui orang tengah? Anda sendiri tahu jawapannya.

Mungkin juga orang2 top dalam PG atau admin ofis PG akan bagitau anda yang ada limit bagi mereka yang membeli terus di cawangan PG. Haha…betul ke tu? Cuba tanya balik diorang betul2. Kenapa saya cakap sebegini? Jawapannya ialah…SEBAB SAYA DAH KENE! Kita ni dealer punye la update blog promote sana sini, pastu kawan call tanya macam2. Punye la banyak kali saya pesan kat kawan saya, bila ready nak beli, call saya untuk lock harga. Tapi tunggu punye tunggu, bila saya sms balik kawan saya utk tanya dia bila nak beli, dia jawab macam ni lebih kurang,

Alamak, sori bro. Aku dah beli direct. Aku ingat boleh beli direct macam kedai emas biasa“.

Huhu…pasal Allah masih bagi saya iman, saya yakin ianya bukan rezeki saya je la. Takkan nak salahkan pembeli? Dah la kawan saya tu beli berpuluh ribu. Dah berapa dah tu komisen saya melepas? Anda semua dealer PG, anda tentu faham perasaan saya kan? Nak fight dengan PG utk dapatkan komisen tu? Dah berapa hari dah kawan saya beli masa tu. Apa bukti yang saya boleh guna utk claim yang sayalah introducer kawan saya tu? Aduii…leceh la macam ni kalau nak kene gaduh selalu…

Walau bagaimana pun sebagai seorang bisnesman, saya boleh faham keinginan PG nak dapatkan untung lebih bagi jangka masa panjang. Sama je dengan kebanyakkan (bukan semua ye) syarikat2 lain. Tapi, syarikat2 lain ada la rasional nya dalam menjaga kepentingan dealer2 mereka. Sebagai contoh, syarikat Hargaemas Resources yang saya sudah daftar sebagai dealer, mereka menyediakan saluran alternatif kepada dealer untuk membuat untung yang berbaloi-baloi, walaupun mereka juga mengamalkan polisi “boleh beli direct” seperti mana Public Gold.

Ini adalah sebab utama mengapa saya tinggalkan Public Gold.

2. Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.

Itupun hanya untuk Master Dealer. Kalau normal dealer, lagi la sikit. Semakin lama kita bertapak di dalam sesuatu industri, kita akan semakin masak akan selok-belok industri tersebut. Antaranya ialah, kita akan makin tahu berapa profit margin mereka sebenarnya. Daripada situ kita boleh agak berapa banyak untung yang mereka buat. Mungkin anda bertanya, “…kalau komisen PG sikit sangat, dah tu kenapa ramai je yang berminat nak jadi dealer PG?

Jawapan saya ialah PG pandai ‘mengaburi’ fikiran dealer2 (termasuk saya lebih 2 tahun yang lalu) dengan selling point pertama iaitu “PG akan buka banyak cawangan seluruh Malaysia. Jadi, nanti dealer senang nak amik produk untuk customer“.  Bila fikir selapis, bunyi macam sangat bagus sebab PG akan ada banyak dealer support centre (konon!). Nampak macam sebuah syarikat yang kukuh dan serious untuk berkembang maju dalam jangka masa yang lama. Bukan ‘fly-by-night’ punya syarikat. Tapi bila saya fikir dua tiga lapis, saya rasa saya dah nampak tembelangnya. Terutamanya bila saya sendiri dah kena macam yang saya cerita di point no.1 di atas.

Point yang kedua ialah PG ada kelebihan sebagai antara ‘abang sulong’ yang mempunyai modal besar dalam merancakkan industri pelaburan jongkong/dinar emas fizikal di Malaysia. Mereka agresif. Saya akui tentang perkara tu. Lebih 2 tahun dulu, berapa ramai la sangat orang sedar tentang pelaburan emas? Berapa banyak la syarikat yang bergerak aktif seperti PG? Sikit je. Dengan kelebihan modal yang besar dan marketing yang agresif, ramai yang ‘terbeli’ dengan PeLuAnG KeEmAsAn (ye la tu!) yang ditawarkan PG.

Anda mungkin bertanya lagi, “…bagaimana pula dengan beberapa top leader PG yang dapat mengaut PeLuAnG KeEmAsAn yang ditawarkan PG? Takkan mereka tak nampak tentang perkara ni?” Haha…saya yakin, itu sebab mereka dah too deep dengan PG. Walaupun mungkin mereka dah lama sedar dengan point2 yang saya utarakan di dalam artikel ini, macam mana la diorang tu nak detach dengan PG? Apatah lagi kalau yang dah dapat BMW sebijik dan dah jadi jutawan. Memang Public Gold je la yang betul. Orang lain yang tak sependapat dengan pengurusan PG semuanya tak betul. Haha… human factorla katakan…kita kene fokus…betul tak brader Syukor? hehe…

3. Tak boleh promote produk syarikat lain.

Huhu…point ni yang saya paling panas. Sebab apa? Sebab PG menganggap dealer2 mereka macam kan PEKERJA TETAP mereka. Sebagai seorang bisnesman tegar, ini memang saya punya pantang. Kalau tak, takde nya saya jadi bisnesman full time sejak zaman kawan2 saya semuanya dok sibuk hantar resume untuk cari kerja kat syarikat2 besar. Pekerja tetap mesti ada gaji basic. Berapa gaji basic saya tiap2 bulan yang PG bagi? Mana slip gaji nya? Mana offer letter nya? Kalau saya ni pekerja tetap, saya boleh faham dan respect la clause 4.e yang berbunyi “must sell only Public Gold products“. Saya ada lima orang pekerja tetap di ofis. Saya sendiri pun akan marah kalau masa office hour pekerja saya dok sibuk promote side business lain yang mereka dok buat.

Alasan brader Syukor…”kita kene fokus“. Bunyi betul tapi ikut definisi individu lah. Dia punya definisi fokus ialah “fokus = fokus kepada Public Gold sahaja“. Fokus bagi saya pula  ialah fokus kepada industri logam berharga. Tapi bukan lah bermakna saya nak jadi dealer untuk 10 syarikat pengeluar emas atau silver pun. Saya bukan la sebodoh itu.

Saya bagi satu contoh. Mc Donald kalau jual satu jenis burger je boleh hidup ke? Adakah disebabkan kene fokus, Mc Donald tak patut jual beberapa jenis burger (Big Mac, Chicken Burger, Cheese Burger, etc) dan complimentary items (french fries, ais krim, etc) untuk memajukan perniagaan mereka? Ada ka patot macam tu?

Alasan brader Syukor lagi…”we are talking about human factor“. Saya diberitahu yang Public Gold banyak keluar duit untuk marketing bagi support dealer seluruh Malaysia. Antaranya ialah sponsor conference mempromosi penggunaan dinar, keluar di slot2 televisyen dan juga artikel serta iklan surat khabar. PG juga sponsor brader Syukor, Pokli dan sorang lagi (saya tak kenal dia) untuk bergerak ke seluruh Malaysia bagi mengadakan seminar PG. Itu setakat yang saya tahu. Apa2 pun, point nya ialah macam ‘tak kenang budi’ la. PG dah keluar duit support dealer tapi dealer boleh ‘curang’ promote produk syarikat lain.

Hahaha…meh sini baca point saya:

(a) Syarikat keluar duit untuk support marketing for dealers adalah amalan biasa syarikat2 direct selling. Dan mereka takde pun wujudkan clause 4.e tu. Tak payah la nak cerita besar untuk cuba wujudkan perasaan guilty conscious dalam diri dealer2 bila mereka promote produk syarikat lain. Ada sorang normal dealer mengadu kat saya yang dia nak promote produk syarikat lain yang boleh compliment produk PG, tapi terus dapat show cause letter daripada PG. Hahahaha…agent dapat show cause letter sebab nak promote produk yang complimentary kepada produk PG? Ini the first case in the world kot? haha…memang saya gelak bila dapat tahu berita ni.

(b) Kalau nak sangat enforce clause 4.e tu, enforce kat dealer seperti Syukor dan Pokli tu dah la. Baru la adil. Mereka memang full time all out promote PG. Itu pun mesti berdasarkan persetujuan bersama. Dealer2 lain yang tahap ikan bilis tu, berapa la sangat komisen yang diorang dapat? Pesaing dah la makin banyak. Komisen pulak ciput. Aduhai…

Anda mungkin nak bertanya kepada saya, “…kalau dah tau ada clause 4.e tu, kenapa Alif gi jadi Master Dealer PG dulu?”. Jawapan saya ialah, ini memang saya silap sebab tak anggap PG serious untuk enforce clause tu. Waktu tu pun memang saya tak tau mana2 syarikat lain yang offer dealership seperti PG untuk di buat perbandingan. Banyak sangat yang saya nak serap dalam kepala saya ni masa tu tentang industri logam berharga ni. Sekarang, saya tak nak buat silap kali kedua.

4. Sistem pengurusan komisen yang tidak telus.

Bila anda dapat komisen, anda tahu tak ianya adalah jumlah terkumpul dari saluran mana? Kalau PG silap kira, anda ada cara untuk claim tak? Apa dokumen yang anda boleh guna? Apa dokumen yang anda boleh guna untuk support anda buat apa2 loan kat bank? Bukankah sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk membuat online marketing dan ordering system bagi agent?

Entahlah. Saya ada syarikat IT (www.aidantech.com). Saya tahu sistem apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah organisasi yang telus. Saya tahu sistem apa yang boleh digunakan untuk bantu agent buat online marketing dengan cekap dan agresif. Syarikat saya memang ada pengalaman luas.

Kenapa saya tak cadangkan kepada PG? Hmmm…saya dah tawar hati la dengan PG. Tahun lepas PG dapat sales RM100 juta (ini brader Syukor yang bagitau saya sendiri over the phone). Dia boleh je cari syarikat2 lain yang besar2 untuk bangunkan sistem yang lebih teratur dan efisyen. Betul tak Mr Louis? Hehe…

***************************************

Baiklah. Setakat ini je lah artikel ini. Mungkin setelah pihak PG membaca artikel ini, mereka akan membaiki segala kelemahan yang dinyatakan di atas. Kalau betul la begitu, alhamdulillah. Tahniah! Bagus la untuk anda semua dealer2 PG yang masih aktif mempromote produk PG.   Sila sebarkan artikel ini (boleh klik butang ‘Share’ di bawah) sekiranya anda rasa ianya berbaloi untuk disebarkan. By the way, saya sekarang jadi dealer untuk syarikat lain. Komisen yang mereka beri jauh lebih baik dari kebanyakkan syarikat di luar sana. Sistem mereka juga lebih bagus dan mereka tiada polisi2 yang karut-marut. Saya lebih selesa bersama mereka.

4 Responses to Kenapa Saya Tinggalkan Public Gold — M. Alif Nordin

  1. yus rezal says:

    ..macam-macam.. kesian Alif. tapi biasa lah bro,buat apa-apa pun ada risiko.

  2. kyo says:

    Klu bkn PG, company mana yg boleh tawarkan harga emas yg lebih rendah, boleh share?

  3. Suratin Sutra says:

    Sangat Stuju bro..baru baca website nih..
    Dah bertahun2 PG mencanak tp imbuhan dan penambahbaikan bagi dealer2 dn service, still di takuk bawah, seolah2 company baru nk start dan xstabil..point no1 mmg superb.org xpegi dah cari dealer, bli direct je lg senang..so,delaer2 nih sebenarnya ibarat “flyers” mcm konsep “marketing”..malasla nk citer..pikir sndirila secara ilmiah..lau x, mmg xnmpk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: