Lagu2 childhood saya

I had a typical Malaysian 1980s/1990s childhood — baca gila-gila, bambino & kuntum, balik sekolah agama tengok gaban, suria perkasa hitam & moero attack, cuti sekolah tengok alam ria cuti sekolah, pagi sabtu tengok kartun dari awal pagi sampai tengahari, dengar lagu2 patriotik dan tengok kartun2 pendek yang dibuat oleh Filem Negara Malaysia di RTM1 and RTM2 (masa tu ada 3 channel je ok), dan pada zaman itu cuma ada satu sahaja Perdana Menteri.

Lagu lagu zaman kanak-kanak yang saya ingat:

1) lagu sungai

lagu ni ada dalam kelas muzik sekolah rendah. saya ingat lagu ni secara khusus sebab saya dan keluarga saya telah mencipta lirik yang nonsense untuk lagu ini.

Lagu ini mudah difahami dan mempunyai maksud yang murni.

MIDI file sahaja, kalau nak vocal sila karaoke sendiri

2) Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

Lagu paling nostalgik untuk para perantau yang datang ke KL demi mencari nafkah. Setiap kali saya mendengar lagu ini, hati saya berdetik sayu, walaupun saya bukanlah perantau (saya tinggal di KL sejak lahir sehingga ke hari ini).

Lebih nostalgic lagi ialah video original lagu ini yang sering ditayangkan di RTM pada tahun 80an/90an. Video ini mengisahkan seorang perantau yang datang ke KL untuk mencari kerja. Harap2 ada pihak yang dapat mencari video yang asal dari arkib RTM dan muatnaikkan ke Youtube untuk generasi akan datang. please…

Lagu ini membuatkan saya rasa bangga dengan bandar ini. Walaupun saya pernah menjejak kaki ke bandar-bandar utama dunia seperti New York, Paris, Dubai, London, Tokyo dan Mumbai, tiada bandar di dunia dapat menyaingi Kuala Lumpur di hati saya. I ♥ KL.

Hari tu saya cakap dekat kawan2 Aidan sewaktu makan tengahari, bahawa saya nak habiskan hidup saya di KL dan saya nak mati di KL. Iznan cakap kat saya, orang Islam kena pasang niat untuk mati jauh2, di hujung2 dunia, macam para sahabat Nabi. Hehehe…terinsaf sebentar.

3) Perak Negeriku

Keluarga ibu saya berasal dari Perak walaupun mereka telah berhijrah ke KL beberapa tahun sebelum saya lahir. Saya pernah melawat saudara-saudara ibu saya di Perak sekali sahaja, ketika kecil.

Masa itu saya masih ingat lagi, pada hari Kebangsaan, beberapa orang ahli keluarga telah berkongsi sebuah van untuk ke Ipoh. Di Ipoh, saya menghabiskan masa menonton filem The Wizard of Oz, kerana tidak mengenali saudara2 di sana.

Selain dari lawatan singkat itu, secara jujur saya tak pernah merasai keakraban dengan negeri Perak, dan ibu saya pun tak pernah menceritakan mengenai saudara-mara di Perak dan kehidupannya semasa kanak-kanak di sana.

Walau bagaimanapun lagu perak ini amat nostalgic kerana ia sering diputarkan di RTM pada zaman dahulu.

(nota: SITC sudah tidak ada)

4) Lagu Warga Tua

Semua orang tua dalam video tu dah mati kut.

Lagu ini sering berkumandang di RTM pada zaman dahulu. Ia menekankan bahawa perlunya kita menghargai warga tua. Bagi saya, lagu ini amat menggamit emosi. Ini kerana warga tua adalah generasi yang telah banyak berkorban pada zaman sebelum merdeka dan awal kemerdekaan untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur.

5) Yang ni bukan lagu

Monyet dan cili:

Kepada mereka yang pernah tengok filem ini semasa kecil, cuba tengok sekali lagi, dan perhatikan betapa tingginya kualiti filem ini yang dihasilkan pada tahun 80an. Malaysia telah menghasilkan animasi2 berkualiti sejak tahun 80an lagi.

i LOVE filem negara malaysia.

_________________

KESIMPULAN

*sigh* those were the days. masa zaman kami kanak-kanak, hidup adalah simple dan straightforward. lagu-lagu mencerminkan budaya dan nilai murni. Biarlah orang kata bosan dan skema, tapi pada masa itu kami dididik dengan nilai moral yang jelas. Walaupun kami tiada internet, Astro, iPad, Facebook, dsb. tapi rancangan-rancangan di RTM1, RTM2 dan Tv3 telah mendidik kami menjadi kanak-kanak Malaysia yang bangga dan berjatidiri.

Kekeke…dah…cukup berleter…I sound like an old man already.

One Response to Lagu2 childhood saya

  1. cucutokwan says:

    Salam, subhanallah, apa yg saudara ceritakan nostalgia zaman kanak2 dulu sebijik sama dgn saya juga. Zaman tu terlalu indah, tktau nk cerita mcm mana, rancgn2 TV yg best2, kita byk merasai nikmat alam dn kehidupan sbb kurangnya teknologi pelik mcm skrg. Life berkualiti, tenang, best. Mintak la RTM hidupkan kembali dgn siarkan bhn2 arkib… Budak2 skrg kurang jiwa patriotik dn jatidiri krn media xmain peranan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: