Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Za’ba)

Buku yang mendalam kupasannya, sedap dibaca, mempunyai mesej yang nyata tapi revolusionair, bisa membuat pembaca merenung dan berfikir, relevan untuk keadaan semasa, berkeupayaan untuk merubah masyarakat jika dikupas, diambil isinya dan dihadamkan. Satu buah fikiran yang jauh melangkaui zaman. Walaupun buku ini dikarang pada tahun 1960an, tiada penerbit yang berani menyentuh buku ini seumur hidup beliau, mungkin kerana takut akan cercaan yang biasa dilontar kepada mereka yang berani menyuarakan pandangan yang berlawan dengan arus semasa. Mujurlah DBP menerbit khazanah berharga ini 20 tahun selepas kematian beliau, untuk dikongsi bersama khalayak.

Za’ba merupakan seorang tokoh bahasa, tokoh agama dan ahli akademik yang ulung pada zamannya. Beliau berfikiran jauh, cekap berhujah, dan tajam dalam analisanya terhadap masyarakat.

Saya menyarankan agar pembaca membeli (atau meminjam) dan membaca naskah kecil ini, cuma perlu masa 1 atau 2 jam sahaja untuk menyoroti mesej penting yang ingin disampaikan oleh tokoh pemikir Melayu moden ini.

Bekas mufti Perlis, Dr. Asri (Dr. MAZA) yang mula-mula memperkenalkan buku ini kepada saya, melalui kolumnya pada ketika itu di Mingguan Malaysia. Menurut beliau, buku ini dihadiahkan kepada beliau oleh Prof. Diraja Ungku Aziz dan disuruhnya dengan bersungguh-sungguh oleh Prof. Ungku Aziz supaya membacanya.

Buku ini boleh dibeli secara online dari Pekan Buku UM: http://www.kkum.com.my/

Harga: RM 15.00 + pos RM 6.50

Nota mengenai tajuk bukuPerangai Bergantung Pada Diri Sendiri sepatutnya dibaca Perangai “Bergantung Pada Diri Sendiri”, maknanya “bergantung pada diri sendiri” atau dalam istilah modennya “berdikari” merupakan “perangai” yang ingin ditonjolkan oleh Pendeta Za’ba di dalam masyarakat.

Jangan membacanya seperti ini: “Perangai” Bergantung Pada “Diri Sendiri”, dengan makna “perangai kita bergantung pada diri kita sendiri”. Memang betul perangai bergantung pada diri sendiri, tapi bukan itu yang dimaksudkan oleh Pendeta Za’ba dalam tajuk buku ini.

Saya sendiri tersilap baca tajuk dan mengalami “syntax error” ketika mula membaca. Sampai bab pertama baru sedar akan kesilapan saya.

6 Responses to Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Za’ba)

  1. Datin Lulu says:

    saya akan cari buku ini di mph.

  2. Juasseh Cafe says:

    Terima kasih atas info ini, saya akan cuba mencarinya, saya tak suka baca e-book, buku ini kalau dah habis baca boleh simpan dalam almari, buat koleksi

  3. sunarni mastury says:

    saya dah call pekan buku cawangan shah alam, meeka ada stok buku ni dalam versi BM dan BI, serta jawi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: