Jerusalem of Gold

Saya telah ke Jerusalem pada 4 hingga 11 April lalu. Berikut beberapa gambar yang diambil.

(Courtesy: Ustaz Muhammad Abdullah dan kamera mahalnya.)

______________________________

Masjid Al-Aqsa (kiri, berkubah hitam) and the Dome of the Rock (kanan, berkubah emas). Kawasan ini dipanggil Temple Mount oleh orang Yahudi dan dianggap kawasan paling suci di dunia. Mereka percaya di atas Temple Mount ini pernah didirikan Temple of Solomon dan di dalamnya terletak satu bilik yang teramat suci (Holy of Holies) yang cuma boleh dimasuki oleh Chief Priest of Israel sahaja.

 

Kubur yahudi di Jerusalem. Kubur mempunyai lubang untuk membenarkan roh mayat itu keluar. Batu-batu kecil diletakkan di atas kubur-kubur mereka. Saya pun tak tau kenapa, cuma meletakkan batu atas kubur ni ada di akhir filem Schindler’s List.

 

Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Bahagian masjid ini dipercayai masjid yang asal, kini terletak di bawah tanah. Masjid yang di atas tanah telah dibina oleh khalifah2 empayar Islam selepas zaman Rashidun.

 

Syeikh Yusuf, Imam Besar Masjid Al-Aqsa merangkap mufti Jerusalem. Beliau berasal dari Hebron.

 

Bangunan ini dipercayai digunakan sebagai penjara pada zaman Nabi Sulaiman. Terletak di dalam compound Masjid Al-Aqsa.

 

Selepas Solat Subuh di Al-Aqsa. Imam (berserban) sedang meleraikan pergaduhan dua orang ahli jemaah yang berebut tempat untuk sembahyang di saff pertama.

 

Sedang gadis ini gembira berjalan-jalan untuk pergi ke sekolah…

 

…tiba-tiba terserempak dengan askar Israel. Boker Tov! (good morning)

 

Kak Dina (Wardina Safiyyah), hos rancangan Al-Hidayah di TV3, juga ke sana untuk shooting dokumentari. Sedang berposing di hadapan Al-Aqsa dan Dome of the Rock.

 

Tomb of the Patriarch di Hebron. Maqam Nabi Ibrahim, Nabi Ishaq dan Nabi Ya’qub beserta isteri-isteri mereka. Tempat ini juga dianggap suci oleh orang Yahudi. Seorang extremis zionis, Dr. Baruch Goldstein, pernah membunuh 19 orang Islam di sini, dengan menembak mereka ketika sedang bersolat. Sehingga hari ini, tempat lawatan orang Islam dan Yahudi diasingkan. Makam Nabi Ibrahim terletak di tengah kedua-dua tempat lawatan Islam dan Yahudi.

 

Pengikut Gereja Yunani (Greek Orthodox Church) sedang beribadat di Bethlehem, sehari sebelum Easter. Hari ini adalah hari Sabtu, jadi jalan dipenuhi oleh pilgrim2 Kristian untuk merayakan Easter. Orang Yahudi sedang berehat di rumah pada hari Shabbat/Sabbath/Sabtu.

 

Di dalam Gereja Kelahiran (Church of Nativity) di Bethlehem. Dipercayai tempat lahir Nabi Isa. Pada zaman sekarang, gereja ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu untuk pengikut Greek Orthodox Church, Roman Catholic Church dan Armenian Church. Di hadapan gereja-gereja ini terdapat Masjid Umar iaitu tempat Khalifah Umar (r.a.) solat ketika mengambil kunci kepada kota Jerusalem. Terdapat satu lagi Masjid Umar di dalam kawasan Al-Aqsa di Jerusalem.

 

Selepas tamat tempoh rehat (Shabbat) pada petang Sabtu, maka berduyun-duyunlah Yahudi keluar dari rumah mereka. Pada tempoh Shabbat mereka diharamkan untuk bekerja, menaiki kenderaan, berniaga, memasak, menulis, bahkan memetik suis lampu sekalipun.

 

Budak Yahudi yang comel.

 

Tiba-tiba jalan penuh dengan Yahudi. Kalau masa Sabbath, jalan lengang je. Gambar diambil di Ben Yahoda Street, iaitu satu kawasan Yahudi di Jerusalem. Kawasan terkenal dengan tempat membeli belah, lebih kurang macam Bukit Bintang.

 

Ditanggung Kosher. Kebetulan minggu berikutnya mereka akan merayakan Passover iaitu antara hari perayaan Yahudi yang utama.

 

Jemaah di Masjid Al-Aqsa menunggu solat Subuh.

 

Hari Easter. Orang Kristian berpusu-pusu masuk ke dalam Church of the Holy Sepulchre. Mereka percaya ini adalah tempat Jesus disalib dan dibangkitkan semula. Easter ialah hari memperingati kebangkitan semula (Resurrection) Jesus.

 

Menganyam ketupat, FOR JESUS! Seorang pengikut gereja Katholik.

 

“Hai apa khabar, saya tok imam kristian. tongkat saya adalah ular kayu.”

 

Wailing Wall. Kawasan paling suci bagi umat Yahudi, mereka percaya ini adalah peninggalan akhir Temple Kedua yang dibina oleh King Herod untuk menyembahan orang Yahudi. Temple ini dimusnahkan oleh tentera Rom di bawah General Titus. Sekarang ini cuma dinding sahaja yang tinggal.

Orang Yahudi percaya bahawa untuk menyambut kedatangan Messiah, mereka mesti membina Temple Ketiga di atas runtuhan Temple Kedua (Temple Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman dan dimusnahkan oleh King Nebuchadnezzar). Malang bagi mereka, tempat yang dipercayai runtuhan Temple ini sekarang merupakan tempat Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock. Cuma orang Islam sahaja yang boleh masuk ke kawasan itu, yang dikawal ketat oleh tentera dan polis Israel.

Pada tahun 1967 selepas kemenangan Israel dalam Six-Day War menentang Mesir, Jordan dan Syria, tentera Israel telah naik ke atas kawasan Al-Aqsa (Temple Mount) dan meletakkan bendera Israel di atas masjid Al-Aqsa. Tiga orang komander tentera Israel iaitu Moshe Dayan, Uzi Narkiss dan Yitzhak Rabin telah masuk melalui Herod Gate ke Temple Mount dan disambut sebagai hero Yahudi kerana berjaya mengembalikan semula Temple Mount ke tangan orang Yahudi selepas beribu2 tahun.

Namun, Moshe Dayan telah mengarahkan agar bendera itu diturunkan, dan kawasan masjid dikembalikan kepada orang Islam. Para Rabbi di Israel juga mengeluarkan “fatwa” bahawa haram untuk orang Yahudi memasuki kawasan Temple Mount kerana kesucian tempat itu dalam agama mereka. Oleh itu, sampai hari ini tempat ini dikuasai orang Islam.

Malangnya tak ramai orang Islam yang datang ke sini. Ada ulama’ yang mengeluarkan fatwa haram untuk melawat Al-Aqsa. Setiap tahun cuma lebih kurang 15,000 orang Islam sahaja yang melawat Al-Aqsa sedangkan 2 juta orang Kristian datang melawat Jerusalem setiap tahun.

Mufti Jerusalem amat dukacita dengan fatwa yang dikeluarkan kerana menurutnya jika orang Islam tidak datang untuk mengimarahkan masjid dan menjaga masjid ini, dikhuatiri satu hari nanti Al-Aqsa akan jatuh ke tangan Yahudi. Dalam isu ini, saya berpihak kepada ulama’ Jerusalem kerana mereka lebih arif dengan isu tempatan (walaupun saya menghormati ulama’ lain yang mengeluarkan pendapat mereka yang berbeza).

Sekarang ini pun, sembahyang jemaah sekitar 100-200 orang sahaja setiap waktu. Sejam selepas solat Subuh, kawasan ini kosong, tak ada orang kecuali saya dan beberapa rakan sahaja. Bila-bila sahaja musuh boleh membuat sabotaj di kawasan ini. Kalau orang Islam tak datang, siapa yang akan menjaga masjid ini?

Di bawah Masjid Al-Aqsa juga ada dikorek oleh kerajaan Israel, kononnya untuk tujuan archeological excavation. Mungkin satu hari nanti, masjid ini akan roboh. Pada waktu itu, jangan salahkan sesiapa kerana umat Islam sendiri tak datang dan tak jaga masjid Al-Aqsa kerana difatwakan haram melawatnya.

Orang Arab tidak dibenarkan masuk ke Al-Aqsa kecuali penduduk di Jerusalem sahaja. Sehinggakan orang Arab di luar Jerusalem yang tinggal 10 minit dari Masjid Al-Aqsa, TIDAK BOLEH melawat masjid ini seumur hidup mereka. Orang-orang Arab di Jordan menjadi teruja dan terharu bila saya cerita kepada mereka bahawa saya boleh ke Aqsa. Ini kerana mereka sendiri tak boleh masuk walaupun kerajaan Jordan menguasai kawasan tersebut sehingga tahun 1967.

Jadi ini merupakan tanggungjawab orang Islam yang bukan Arab untuk menziarahi dan memelihara Al-Aqsa, serta melaporkan kepada dunia mengenai tempat suci ini. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menganjurkan kita melawat masjid ini, selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pada tahun 2000, Ariel Sharon dalam kempen beliau untuk menjadi Perdana Menteri Israel telah membuat provokasi dengan menaiki kawasan Temple Mount/Al-Aqsa bersama 1000 orang bodyguard. Umat Islam telah berusaha untuk menghalau beliau dengan membaling batu, sehingga ada beberapa orang Islam ditembak oleh bodyguard Sharon. Hasilnya terjadilah peristiwa Intifada di seluruh tanah Palestin yang meragut lebih 100,000 nyawa penduduk Islam dan Yahudi. Intifada telah berlangsung selama 5 tahun.

Sehingga hari ini, umat Yahudi sedunia meratap di Wailing Wall, berdoa supaya mereka boleh kembali beribadat di Temple Mount. Doa mereka setiap malam sejak 2000 tahun lalu: Next year in Jerusalem.

15 Responses to Jerusalem of Gold

  1. feruz8 says:

    Bal untungnya ko dapat pegi sane.

  2. yus rezal says:

    ..perjalanan yang hebat..alhamdulilah..

  3. tookoo says:

    bal.. cane korang leh masuk Israel sedangkan dlm passport ade tulis passport malaysia tak valid di Israel?

  4. samah says:

    jap bal tak paham. kenapa ada ulama keluar fatwa haram melawat?

  5. Horizon says:

    Salam.
    ada apa-apa masalah tak bila nak pulang ke Malaysia?

  6. aje says:

    sampai bergaduh pasal saf pertama. sampai kena lerai oleh imam berserban 2 ekor huhu.

  7. dun says:

    website mana nk apply visa ke israel? Nk jugak tgk masjid al aqsa..insyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: